Kami berwaspada dalam penguatkuasaan kami terhadap iklan penipuan. Penipuan termasuk pelbagai penipuan dan amalan pemasaran mengelirukan yang menyalahgunakan kepercayaan masyarakat atau sebaliknya menarik pengguna untuk membuat pembelian atau terlibat dalam aktiviti di bawah dakwaan yang mengelirukan.
Kami melarang:
Iklan yang palsu atau mengelirukan, termasuk dakwaan, tawaran, fungsi atau amalan perniagaan yang mengelirukan.
Kandungan tajaan yang tidak dibenarkan atau tidak didedahkan
Promosi barangan atau perkhidmatan palsu, termasuk dokumen atau sijil palsu, atau produk tiruan.Mencipta atau berkongsi kandungan yang meniru penampilan atau fungsi ciri atau format Snapchat.
Iklan yang mengandungi Call To Action yang mengelirukan, atau menghala ke halaman destinasi yang tidak berkaitan dengan jenama atau kandungan yang diiklan.
Menyelubungi, dengan cara lain mengehadkan akses halaman destinasi atau pengubahsuaian kepada kandungan URL berikutan penyerahan dalam percubaan untuk memintas semakan.
Iklan yang menggalakkan tingkah laku yang tidak jujur. (cth. iklan untuk Kad Pengenalan palsu, plagarisme, perkhidmatan penulisan karangan).
Barang tidak dihantar, atau kelewatan penghantaran yang salah atau kekangan inventori
Penggunaan teknik subliminal
Lihat juga Spesifikasi Industri: Produk dan perkhidmatan kewangan