Privasi Anda, Diterangkan
Dasar privasi selalunya agak panjang - dan mengelirukan. Oleh sebab itu kami melakukan yang terbaik untuk menjadikan Dasar Privasi kami ringkas, jelas dan mudah dibaca!
Anda dikehendaki membaca keseluruhan Dasar Privasi kami, namun, sekiranya anda hanya mempunyai beberapa minit atau ingin mengingat semula sesuatu perkara pada masa hadapan, anda boleh membaca ringkasan ini — supaya anda boleh mengetahui atau mengingat semula beberapa maklumat asas dalam hanya beberapa minit.
Perkara yang Kami Lakukan di Snap
Di Snap, misi kami adalah untuk memperkasakan orang untuk mengeksresikan diri mereka, menikmati detik kehidupan, mengetahui tentang dunia dan berseronok bersama.
Untuk menyediakan Perkhidmatan kami dan menjadikannya lebih baik, kami mempelajari beberapa perkara tentang anda untuk memperibadikan pengalaman anda apabila anda menggunakan Snapchat, Bitmoji dan Perkhidmatan kami yang lain. Contohnya, jika kami mengetahui bahawa hari ini ialah hari jadi anda, kami boleh menghantar Lensa kepada anda dan rakan untuk membantu meraikannya! Atau, jika kami melihat bahawa anda menghabiskan masa seharian di pantai, kami boleh memastikan Bitmoji anda berpakaian untuk acara tersebut. Seronok, bukan?
Satu lagi cara kami menyediakan Perkhidmatan yang diperibadikan adalah melalui iklan yang kami tunjukkan — ini juga merupakan salah satu cara kami dapat menyediakan ruang dalam talian yang menyeronokkan, selamat dan inovatif, tanpa bayaran. Kami menggunakan sebahagian daripada apa yang kami ketahui tentang anda untuk memaparkan iklan yang mungkin anda minati - bila anda mungkin meminatinya. Contohnya, jika anda telah menonton banyak Cerita tentang fesyen, kami mungkin menunjukkan kepada anda iklan untuk gaya seluar jeans terkini. Atau jika anda telah mengklik banyak iklan untuk permainan video, kami mungkin membiarkan iklan itu berterusan! Namun, kami juga menggunakan maklumat anda untuk mengelakkan daripada menunjukkan iklan yang anda mungkin tidak suka. Contohnya, jika tapak penjualan tiket memaklumkan kami bahawa anda telah membeli tiket untuk sebuah filem — ataupun jika anda telah membelinya melalui Snapchat — kami akan berhenti menunjukkan anda iklan mengenainya. Ketahui lebih lanjut.
Bagaimana Anda Mengawal Maklumat Anda
Ingin mengemas kini maklumat akaun anda atau menukar siapa yang dapat menonton Cerita anda atau melihat anda di Peta Snap? Hanya pergi ke seting anda dalam aplikasi. Ingin tahu tentang maklumat anda yang tiada dalam aplikasi? Pergi ke sini untuk memuat turun data anda. Jika anda ingin meninggalkan Snapchat dan memadamkan akaun anda untuk selamanya, kami juga mempunyai alatan untuk itu. Ketahui lebih lanjut.
Cara Kami Mengumpul Maklumat
Pertama, kami belajar daripada apa-apa maklumat yang anda pilih untuk beri kepada kami. Contohnya, apabila anda menyediakan akaun Snapchat, kami mengetahui hari jadi anda, alamat e-mel dan nama unik yang ingin anda gunakan — nama pengguna anda.
Kedua, kami mengetahui tentang anda apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami. Jadi, walaupun anda mungkin tidak memberitahu kami bahawa anda seorang peminat sukan, jika anda selalu menonton sorotan bola keranjang di Tumpuan dan Bitmoji anda memakai warna pasukan anda, itu adalah tekaan yang selamat.
Ketiga, kadangkala kami belajar tentang anda daripada orang dan perkhidmatan lain. Contohnya, jika seorang rakan memuat naik senarai kenalannya, kami mungkin boleh melihat nombor telefon anda. Atau, jika anda mengetik iklan untuk permainan video, pengiklan boleh memberitahu kami bahawa anda ada memasangnya. Ketahui lebih lanjut.
Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat
Semasa kami berkongsi maklumat, ini biasanya kerana anda meminta kami - seperti ketika anda ingin menambahkan Snap ke Spotlight atau Snap Map atau mengirim Chat ke teman. Sesetengah daripada maklumat anda, seperti nama pengguna dan KodSnap, adalah secara lalai boleh dilihat oleh pihak awam.
Kami juga berkongsi maklumat antara keluarga syarikat Snap, dengan rakan kongsi perniagaan dan bersepadu yang membantu kami menyediakan Perkhidmatan kami, apabila kami berpendapat ini diperlukan oleh undang-undang dan apabila kami percaya ini diperlukan untuk melindungi keselamatan Snapchatter, kami atau orang lain.
Untuk kebanyakan perkara yang lain, anda yang mengawal! Ketahui lebih lanjut.
Berapa Lama Kami Menyimpan Maklumat
Snapchat adalah tentang menikmati detik kehidupan yang seadanya. Itulah sebabnya apabila anda menghantar satu Snap atau Sembang kepada rakan, sistem kami direka untuk memadamkannya secara lalai selepas ia dilihat atau tamat tempoh (bergantung pada seting anda). Namun, kami boleh menyimpan mesej-mesej apabila anda atau seorang rakan meminta kami berbuat demikian, seperti semasa anda menyimpan suatu mesej di Sembang atau suatu Snap ke Memori.
Dan ingat: Snapchatter sentiasa boleh mengambil syot layar!
Maklumat lain mungkin disimpan lebih lama. Sebagai contoh, kami menyimpan maklumat akaun asas anda sehingga anda meminta kami memadamkannya. Dan kami sentiasa mengumpul dan mengemas kini maklumat tentang perkara yang mungkin anda sukai dan tidak sukai, supaya kami boleh memberikan anda kandungan dan iklan yang lebih baik. Ketahui lebih lanjut.
Bagaimana Anda Boleh Ketahui Lebih Lanjut
Baca Dasar Privasi kami yang lengkap!
Tahukah anda Privasi Mengikut Produk menyediakan lebih banyak maklumat tentang ciri-ciri spesifik dan kami juga telah mencipta pelbagai halaman sokongan untuk membantu anda mempelajari cara setiap bahagian aplikasi berfungsi?
Masih tidak menemui apa yang anda cari? Jangan bimbang, hanya hubungi kami dan pasukan sokongan kami yang mesra akan menghubungi anda semula!