Kandungan yang Melanggar Hak Cipta
Iklan tidak boleh melanggar hak cipta harta intelektual, privasi, publisiti, atau hak lain orang perseorangan atau entiti. Pengiklan mesti mempunyai semua hak dan kebenaran yang diperlukan untuk semua elemen dalam iklan mereka. Iklan tidak boleh memaparkan nama, kesamaan (termasuk rupa serupa), suara (termasuk suara serupa), atau ciri-ciri seseorang individu yang boleh dikenal pasti tanpa persetujuan individu tersebut.
Perkara berikut adalah dilarang:
Iklan untuk produk atau perkhidmatan yang terutamanya digunakan untuk melanggar hak harta intelektual pihak lain, misalnya produk atau perkhidmatan yang direka untuk memintas mekanisme perlindungan hak cipta (contohnya, perisian atau penyusun isyarat kabel (cable signal descrambler)).
Iklan untuk produk atau perkhidmatan yang terutamanya berdedikasi kepada penjualan produk palsu, misalnya produk tiruan jenama terkenal atau produk yang dilesenkan secara rasmi.
Iklan untuk produk atau perkhidmatan dengan testimonial atau penggunaan palsu daripada selebriti.
Jika anda percaya bahawa hak cipta,, tanda dagangan, atau hak publisiti anda telah dilanggar oleh sesuatu iklan yang dipaparkan di Snapchat, kami menggalakkan anda untuk cuba menghubungi dan menyelesaikan kebimbangan anda dengan pengiklan tersebut secara langsung. Secara alternatifnya, pemegang hak dan ejen mereka boleh membuat laporan pelanggaran hak cipta harta intelektual yang dikatakan berlaku kepada Snap di sini. Kami menganggap laporan sedemikian sebagai sesuatu yang serius.
Rujukan kepada Snap
Iklan tidak boleh mencadangkan hubungan dengan atau sokongan oleh Snap atau produknya. Ini bermakna bahawa iklan tidak boleh menggunakan sebarang tanda dagangan atau hak cipta milik Snap, karya seni Bitmoji atau perwakilan antara muka pengguna Snapchat, kecuali seperti yang dibenarkandalam Garis Panduan Jenama Snapchat atau Garis Panduan Jenama Bitmoji. Iklan juga tidak boleh mengandungi tanda dagangan milik Snap yang diubah suai atau variasi tanda dagangan milik Snap yang mengelirukan.