Maklumat Palsu atau Memperdaya
Tidak Layak untuk Pengesyoran:
Sebarang maklumat palsu berbahaya yangdilarang dalam Garis Panduan Komuniti kami adalah dilarang di mana-mana sahaja di Snapchat. Pencipta dan Rakan Kongsi bertanggungjawab untuk menyemak fakta kandungan mereka. Pencipta dan Rakan Kongsi dilarang menerbitkan kandungan yang tidak tepat atau mengelirukan, sama ada perkara itu serius (politik, kesihatan, peristiwa tragis) atau lebih remeh (gosip hiburan, penipuan, dan lain-lain). Bagi kandungan yang layak untuk cadangan kepada audiens yang lebih luas, kandungan tersebut mestilah tidak mengandungi:
Maklumat politik palsu atau tidak berasas
Garis Panduan Komuniti kami melarang maklumat palsu politik, seperti maklumat yang salah tentang pengundian, salah nyata tentang pendirian calon atau kandungan lain yang menjejaskan proses sivik. Mungkin terdapat keadaan yang pasukan penyemak kami tidak dapat mengesahkan sama ada tuntutan politik adalah benar, palsu atau berkemungkinan mengelirukan. Kandungan taksa mungkin dibenarkan dalam kalangan rakan atau pengikut, tetapi tidak akan layak untuk pengesyoran.
Maklumat palsu atau tidak berasas berkaitan kesihatan
Kandungan sedemikian adalah dilarang dalam Garis Panduan Komuniti kami, yang bermaksud kandungan ini juga dilarang dalam Garis Panduan Kandungan ini.
Penafian peristiwa tragis
Kandungan sedemikian adalah dilarang dalam Garis Panduan Komuniti kami, yang bermaksud kandungan ini juga dilarang dalam Garis Panduan Kandungan ini.
Media dimanipulasi yang palsu atau mengelirukan
Garis Panduan Komuniti kami menumpukan pada kemungkinan media yang dimanipulasi untuk memudaratkan (contohnya, deep fake ahli politik sedang melakukan sesuatu yang memalukan). Garis Panduan Kandungan kami memerihalkan selanjutnya untuk menafikan penguatan kepada maklumat palsu atau mengelirukan walaupun tiada risiko yang jelas kepada masyarakat. Contohnya, imej jubin umpan klik yang menggunakan alat penyuntingan foto atau AI untuk menggambarkan ular sebesar bas atau yang mengedit pelakon dalam kostum untuk menyebarkan khabar angin tentang penyertaan dalam filem yang tidak berasas sama sekali; contoh ini mungkin tidak mengancam integriti sivik atau kesihatan awam, tetapi hal ini mengelirukan.
Penyamaran sebagai orang, jenama atau organisasi lain untuk tujuan pemerdayaan
Kandungan sedemikian adalah dilarang dalam Garis Panduan Komuniti kami, dan Garis Panduan Kandungan ini memerihalkan lebih lanjut tentang larangan penyamaran yang taksa atau tidak jelas. Satira, parodi dan ulasan dibenarkan, tetapi realiti pengarang kandungan mestilah jelas kepada penonton seawal usia 13 tahun.
Taktik pemasaran menipu dalam apa-apa jua bentuk
Kami melarang pautan dengan ubah hala yang berlebihan atau pautan yang menjana pop timbul atau pop-bawah atau muatan iklan yang berlebihan. Anda tidak boleh menukar destinasi akhir atau halaman pendaratan pautan selepas anda memaparkannya dalam kandungan anda. Sebarang pautan dalam kandungan anda juga mesti mematuhi Garis Panduan Kandungan kami.
Umpan penglibatan
Ini bermakna kandungan yang tujuannya bukan untuk menghiburkan atau memaklumi penonton, tetapi ingin memanipulasi untuk meningkatkan tontonan atau interaksi Snap. Umpan tarikan sering mengungkap harapan yang tidak pernah membuahkan hasil. Berikut ialah senarai contoh umpan tarikan yang dilarang:
Kapsyen “nantikan itu”, namun “itu” tidak akan berlaku.
Cabaran berdasarkan ciri Snapchat yang tidak wujud seperti, “Snapchat tidak akan benarkan anda menyukai ini 10 kali.”
Percubaan untuk mengambil kesempatan daripada sukaan atau perkongsian seperti, “Jika ini mendapat 20,000 suka, saya akan mencukur kepala saya.”
Percubaan untuk memperdayakan orang lain supaya menonton semula atau menjeda Snap melalui blok teks yang panjang, gambaran ringkas tentang sesuatu atau permainan “mencari perbezaan”.
Tajuk atau Jubin yang mengelirukan atau disensasikan, seperti khabar angin pelakon akan membintangi sesuatu filem yang tidak berasas, memaparkan penanahan selebriti yang berlaku lama dahulu sebagai berita tergempar, mengedit imej badan atau wajah seseorang untuk menggambarkan perubahan radikal dan sebagainya.
Aktiviti Tidak Sah atau Dikawal Selia