Permintaan Keselamatan Nasional Amerika Syarikat
Permintaan Maklumat Pengguna menurut proses perundangan keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat. Yang berikut termasuk Surat Keselamatan Kebangsaan (NSL) dan Perintah/Arahan Mahkamah Pengawasan Perisikan Asing (FISA).
Permintaan Pemadaman Kandungan Kerajaan
Kategori ini mengenal pasti permintaan yang dikeluarkan oleh sesebuah entiti kerajaan untuk memadamkan kandungan yang sebaliknya dibenarkan di bawah Syarat Perkhidmatan atau Garis Panduan Komuniti.
Nota: Walaupun kami tidak mengesan secara rasmi apabila kami memadamkan kandungan yang melanggar dasar kami apabila permintaan dibuat oleh entiti kerajaan, kami percaya ia adalah satu kejadian yang amat jarang berlaku. Apabila kami percaya bahawa terdapat keperluan untuk menyekat kandungan yang dianggap menyalahi undang-undang di negara tertentu, tetapi tidak melanggar dasar kami, kami akan berusaha untuk menyekat akses terhadapnya secara geografi sebaik mungkin, dan tidak memadamkannya di seluruh dunia.
Notis Menurunkan Kandungan Hak Cipta (DMCA)
Kategori ini mencerminkan apa-apa notis sah menurunkan kandungan yang diterima oleh kami menurut Akta Hak Cipta Milenium Digital.
Notis Tanda Dagangan