logoSnap Values

Dasar Privasi

Berkuat kuasa: 26 Februari 2024

Selamat datang ke Dasar Privasi Snap Inc.. Dasar ini menerangkan cara kami mengumpul dan menggunakan data anda dan cara anda boleh mengawal maklumat anda. Sedang mencari ringkasan mengenai amalan privasi kami? Semak halaman ini atau video ini. Dan jika anda mencari maklumat privasi produk tertentu, sebagai contoh, cara kami memproses Sembang dan Snap anda, lihat halaman Privasi mengikut Produk kami. Selain dokumen ini, kami juga menunjukkan notis dalam apl yang memberikan anda lebih banyak maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami.

Ketelusan ialah salah satu daripada nilai teras kami di Snap. Kami percaya bahawa tidak perlu ada sebarang kejutan mengenai data yang kami kumpulkan dan cara kami menggunakannya — itulah sebabnya kami berterus terang tentang cara kami memprosesnya. Contohnya, kami memproses maklumat anda untuk memberikan anda pengalaman yang lebih diperibadikan, termasuk menunjukkan kepada anda kandungan dan maklumat yang paling berkaitan dengan pengalaman anda, serta iklan yang lebih berkaitan. Memahami minat dan keutamaan anda membantu kami menyediakan pengalaman produk yang lebih baik.

Selain itu, kami percaya pengalaman yang diperibadikan tidak seharusnya mengorbankan privasi anda. Sama seperti dalam kehidupan sebenar, ada beberapa detik yang anda ingin kongsikan secara tertutup dengan rakan rapat anda dan detik lain yang anda ingin kongsikan secara terbuka. Itulah sebabnya sejak hari pertama falsafah kami adalah untuk memadamkan kandungan secara lalai dan memberikan kawalan kepada Snapchatter dengan menyediakan alatan yang membolehkan mereka menentukan apa yang berlaku dengan kandungan mereka, seperti dengan siapa untuk berkongsi atau bila untuk menyimpannya.

Dasar ini merangkumi aplikasi Snapchat kami serta produk, perkhidmatan dan ciri kami yang lain, seperti Bitmoji, Spectacles dan inisiatif pengiklanan dan perdagangan kami. Apabila anda membaca "Perkhidmatan" dalam Dasar ini, kami bercakap mengenai kesemuanya. Selain itu, jika anda melihat kami merujuk kepada "Terma" kami, kami maksudkan Syarat Perkhidmatan yang anda setujui semasa anda daftar untuk Perkhidmatan kami. Akhir sekali, jika anda melihat istilah "Snapchatter" kami sering menggunakan istilah itu sebagai singkatan untuk mana-mana pengguna Perkhidmatan kami.

Mari kita mulakan dengan kawalan yang anda miliki kepada maklumat anda: