Notis Privasi Mexico

Berkuat kuasa : 30 September 2021

Kami telah mencipta notis ini khusus untuk pengguna di Maxico. Pengguna di Mexico mempunyai hak tertentu seperti yang dinyatakan di bawah undang-undang Mexico, termasuk Ley Federal de Protección de Datos Personales en Posesión de los Particulares. Prinsip-prinsip Privasi Kami dan kawalan privasi yang kami tawarkan kepada semua pengguna adalah sejajar dengan undang-undang ini—notis in memastikan kami meliputi keperluan khusus Mexico. Sebagai contoh, semua pengguna boleh meminta salinan data mereka, meminta pemadaman dan mengawal seting privasi mereka dalam aplikasi. Untuk gambaran penuh, lihat Dasar Privasi kami.

Pengawal Data

Jika anda pengguna di Mexico, anda perlu tahu bahawa lokasi Snap Inc., berada di 3000 Douglas Loop North, Santa Monica, California 90405, adalah pengawal maklumat peribadi anda.

Hak kepada Akses, Pembetulan, dan Pembatalan

Anda boleh melaksanakan hak anda untuk mengakses, memperbetulkan dan membatalkan seperti yang dijelaskan di Kawalan Ke atas Maklumat Anda dalam bahagian Dasar Privasi.

Hak Anda: Membantah atau Mencabar

Anda mempunyai hak untuk membantah atau mencabar kegunaan maklumat anda oleh kami. Dengan banyak jenis data, kami membekalkan anda kemampuan untuk memadamkannya jika anda tidak mahu kami memprosesnya lagi. Untuk jenis data yang lain, kami memberi anda kemampuan untuk menghentikan penggunaan data anda dengan menyahaktifkan ciri sama sekali. Anda boleh melakukan perkara ini dalam aplikasi. Jika terdapat jenis maklumat lain yang anda tidak bersetuju dengan pemprosesan kami, anda boleh menghubungi kami.

Kuki

Seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian dan aplikasi mudah alih, kami boleh menggunakan kuki dan teknologi lain, seperti suar web, storan web dan pengecam pengiklanan unik, untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti, penyemak imbas dan peranti anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami dan rakan kongsi kami menggunakan kuki pada perkhidmatan kami dan pilihan anda, sila semak bahagian Maklumat yang Dikumpul oleh Kuki dan Teknologi Lain pada Dasar Privasi.