Dasar Privasi

Berkuat kuasa: 29 Jun 2022

Snap Inc. ialah sebuah syarikat kamera. Produk dan perkhidmatan kami - termasuk Snapchat, Bitmoji, Spectacles, pengiklanan, komersial dan lain-lain yang berkaitan dengan Dasar Privasi ini - menyediakan cara yang pantas dan menyeronokkan untuk ekspresi diri, menikmati detik kehidupan, belajar tentang dunia dan berseronok bersama-sama!

Apabila anda menggunakan perkhidmatan ini, anda akan berkongsi beberapa maklumat dengan kami. Jadi, kami ingin anda mengetahui terlebih dahulu tentang maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, dengan siapa kami berkongsi, dan kawalan yang kami berikan kepada anda untuk mengakses, mengemas kini dan memadam maklumat anda.

Itu sebabnya kami menulis Dasar Privasi ini. Dan itulah sebabnya kami cuba menulisnya dengan cara yang mudah difahami oleh semua pengguna kami dan bebas daripada undang-undang yang sering mengaburi dokumen ini. Sudah tentu, jika anda masih mempunyai pertanyaan tentang mana-mana perkara dalam Dasar Privasi kami sila hubungi kami.

Anda harus membaca keseluruhan Dasar Privasi kami, tetapi jika anda mempunyai masa atau ingin mengingati sesuatu kemudian, anda boleh sahaja melihat gambaran keseluruhan dan video ini. Kami juga menggalakkan anda untuk menyemak Pusat Privasi kami yang lain. Kami merekanya untuk memberi anda ringkasan tentang amalan privasi kami dengan cara yang mudah dihadam. Sebagai contoh, halaman Privasi mengikut Produk kami menyediakan pecahan tentang ciri privasi khusus produk kami.

Maklumat Yang Kami Kumpul

Terdapat tiga kategori asas maklumat yang dikumpulkan oleh kami:

  • Maklumat yang anda berikan.

  • Maklumat yang kami dapat semasa anda menggunakan perkhidmatan kami.

  • Maklumat yang kami dapat daripada pihak ketiga.

Berikut adalah sedikit penerangan lanjut tentang setiap kategori ini.

Maklumat Yang Anda Berikan.

Apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami, kami mengumpul maklumat yang anda bekalkan kepada kami Sebagai contoh, kebanyakan perkhidmatan kami memerlukan anda menyediakan akaun, jadi kami mungkin perlu mengumpulkan beberapa butiran penting tentang anda, seperti nama, nama pengguna, kata laluan, alamat e-mel, nombor telefon dan tarikh lahir anda. Kami juga boleh meminta anda untuk menyediakan kami dengan beberapa maklumat tambahan yang akan boleh dilihat oleh umum di perkhidmatan kami,, seperti gambar profil atau avatar Bitmoji. Perkhidmatan lain, seperti produk perdagangan, boleh juga meminta anda memberi kami nombor kad debit atau kredit dan maklumat akaun yang berkaitan.

Sudah tentu, anda juga akan membekalkan kami apa-apa sahaja maklumat yang anda hantar melalui perkhidmatan kami, seperti Snap dan Sembang. Perlu diingat bahawa pengguna yang melihat Snap, Sembang, dan kandungan lain anda boleh menyimpann kandungan atau salinan di luar aplikasi. Jadi, akal yang sama yang terpakai kepada internet secara amnya terpakai kepada Snapchat juga: Jangan hantar mesej aau berkongsi kandungan yang anda tidak mahu seseorang simpan atau kongsi.

Apabila anda menghubungi khidmat sokongan pelanggan atau berkomunikasi dengan kami dengan apa cara lain sekalipun, kami akan mengumpul apa sahaja maklumat yang anda berikan secara sukarela atau yang diperlukan untuk menyelesaikan pertanyaan anda.

Maklumat Yang Kami Memperolehi Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami mengumpul maklumat tentang perkhidmatan mana yang telah anda gunakan dan bagaimana anda menggunakannya. Kami mungkin tahu, sebagai contoh, anda menonton Cerita tertentu, nampak iklan tertentu untuk tempoh yang tertentu, dan menghantar beberapa Snap. Berikut adalah penjelasan yang lebih lengkap tentang jenis maklumat yang kami kumpul apabila anda menggunakan perkhidmatan kami:

  • Maklumat Penggunaan. Kami mengumpul maklumat tentang aktiviti anda melalui perkhidmatan kami. Sebagai contoh, kami mungkin mengumpul maklumat tentang:

    • bagaimana anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami, seperti Penapis atau Lensa yang anda lihat atau gunakan pada Snap, Cerita yang anda tonton di Terokai, sama ada anda menggunakan Spectacles atau pertanyaan carian yang anda serahkan.

    • bagaimana anda berkomunikasi dengan Snapchatter lain, misalnya nama mereka, waktu dan tarikh komunikasi anda, jumlah pertukaran mesej dengan rakan-rakan anda, siapakah rakan yang paling banyak membalas mesej dengan anda, dan interaksi anda dengan mesej (seperti apabila anda membuka sesuatu mesej atau mengambil syot layar).

  • Maklumat Kandungan. Kami mengumpul kandungan yang anda cipta di perkhidmatan kami, seperti stiker khusus, dan maklumat tentang kandungan yang anda buat atau sediakan, misalnya jika penerima telah melihat kandungan dan metadata yang disertakan dengan kandungan tersebut.

  • Maklumat Peranti. Kami mengumpul maklumat dari dan tentang peranti yang anda gunakan. Sebagai contoh, kami mengumpul:

  • maklumat tentang perkakasan dan perisian anda, misalnya model perkakasan, versi sistem pengendalian, memori peranti, pengecam pengiklanan, pengecam aplikasi unik, aplikasi yang dipasang, pengecam peranti unik, data penggunaan peranti, jenis penyemak imbas, papan kekunci dipasang, bahasa, tahap bateri dan zon waktu;

  • maklumat daripada sensor peranti, misalnya meter pecutan, giroskop, kompas, mikrofon dan sama ada anda telah bersambung dengan fon kepala; dan

  • maklumat tentang sambungan tanpa wayar dan rangkaian mudah alih anda, seperti nombor telefon mudah alih, pembekal perkhidmatan, alamat IP dan kekuatan isyarat.

  • Buku Telefon Peranti. Oleh sebab perkhidmatan kami adalah mengenai berkomunikasi dengan rakan, kami boleh — dengan kebenaran anda — mengumpul maklumat daripada buku telefon peranti anda.

  • Kamera, Foto dan Audio. Sebilangan besar perkhidmatan kami menghendaki kami mengumpul gambar dan maklumat lain dari kamera dan foto peranti anda. Sebagai contoh, anda tidak akan dapat menghantar Snap atau memuat naik foto dari gulung kamera anda melainkan kami dapat mengakses kamera atau foto anda.

  • Maklumat Lokasi. Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami boleh mengumpul maklumat tentang lokasi anda. Dengan kebenaran anda, kami juga dapat mengumpul maklumat tentang lokasi tepat anda menggunakan kaedah yang merangkumi GPS, rangkaian tanpa wayar, menara telefon, titik akses Wi-Fi, dan sensor lain, seperti giroskop, akselerometer, dan kompas.

  • Maklumat yang Dikumpulkan oleh Kuki dan Teknologi Lain. Seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian dan aplikasi mudah alih, kami boleh menggunakan kuki dan teknologi lain, seperti suar web, penyimpanan web, dan pengecam pengiklanan yang unik, untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti, penyemak imbas dan peranti anda. Kami juga mungkin menggunakan teknologi ini untuk mengumpul maklumat apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan yang kami tawarkan melalui salah seorang rakan kongsi kami, seperti ciri-ciri pengiklanan dan perdagangan. Sebagai contoh, kami boleh menggunakan maklumat yang dikumpul di tapak web yang lain untuk menunjukkan anda iklan yang lebih berkaitan. Kebanyakan penyemak imbas web ditetapkan untuk menerima kuki secara lalai. Jika anda mahu, biasanya anda boleh mengeluarkan atau menolak kuki penyemak imbas melalui seting pada penyemak imbas atau peranti anda. Namun, perlu diingat bahawa mengeluar atau menolak kuki boleh menjejaskan ketersediaan dan fungsi perkhidmatan kami. Untuk ketahui lebih lanjut tentang bagaimana kami dan rakan kongsi kami menggunakan kuki di perkhidmatan kami dan pilihan anda, sila lihat Dasar Kuki kami.kami.

  • Maklumat Log. Kami juga mengumpul maklumat log apabila anda menggunakan tapak web kami, seperti:

  • butiran tentang cara anda menggunakan perkhidmatan kami;

  • maklumat peranti, seperti jenis dan bahasa pelayar web anda;

  • masa akses;

  • halaman dilihat;

  • alamat IP;

  • pengecam yang berkaitan dengan kuki atau teknologi lain yang mungkin mengecam peranti atau pelayar anda secara unik; dan

  • halaman yang dilayari sebelum atau selepas menavigasi ke laman web kami.

Maklumat Yang Kami Kumpulkan daripada Pihak Ketiga

Kami boleh mengumpul maklumat tentang anda daripada pengguna lain anggota gabungan, dan pihak ketiga kami. Berikut adalah beberapa contoh:

  • Jika anda memautkan akaun Snapchat anda ke perkhidmatan lain (seperti Bitmoji atau aplikasi pihak ketiga), kami mungkin menerima maklumat daripada perkhidmatan lain tersebut, misalnya cara anda menggunakan perkhidmatan itu.

  • Pengiklan, pembangunan aplikasi, penerbit, dan pihak ketiga lain boleh berkongsi maklumat dengan kami juga. Kami boleh menggunakan maklumat ini, antara cara yang lain, untuk membantu menyasar atau mengukur prestasi iklan. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang penggunaan kami terhadap data pihak ketiga sebegini diPusat Sokongankami.

  • Jika pengguna lain memuat naik senarai kenalan mereka, kami mungkin menggabungkan maklumat daripada senarai kenalan pengguna tersebut dengan maklumat lain yang telah kami dikumpulkan mengenai anda.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat

Apa yang kami lakukan dengan maklumat yang kami kumpul? Untuk jawapan terperinci, pergike sini. Jawapan ringkasnya adalah: Memberi anda satu set produk dan perkhidmatan yang luar biasa yang kami pertingkatkan secara berterusan. Berikut adalah cara-cara yang kami melakukannya:

  • membangun, mengoperasi, menambah baik, menyampaikan, menyelenggara dan melindungi produk dan perkhidmatan kami.

  • hantar komunikasi kepada anda, termasuk melalui e-mel atau SMS jika dibenarkan. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan e-mel atau SMS untuk menjawab pertanyaan sokongan atau untuk berkongsi maklumat tentang produk, perkhidmatan dan tawaran promosi kami yang kami fikir mungkin menarik minat anda.

  • memantau dan menganalisa trend dan penggunaan.

  • mempersonalisasikan perkhidmatan kamioleh, antara lainnya, mencadang rakan-rakan, maklumat profil, atau pelekat Bitmoji, membantu Snapchatter mencari satu sama lain dalam Snapchat, dan aplikasi dan perkhidmatan sekutupihak ketiga, atau menyesuaikan kandungan yang kami tunjukkan kepada anda, termasuk pengiklanan.

  • tambahkan konteks pada pengalaman Snapchat anda, contohnya dengan menandai Kenangan anda dengan label yang boleh dicari berdasarkan lokasi anda (sudah tentu, jika anda telah memberi kami kebenaran untuk mengumpul lokasi anda) dan kandungan foto atau video anda (cth, jika terdapat anjing dalam foto anda, ia mungkin boleh dicari dalam Memories dengan istilah "anjing").

  • menyedia dan memperbaiki perkhidmatan pengiklanan kami, sasaran iklan, dan pengukuran iklan, termasuk melalui penggunaan maklumat tepat lokasi anda (sekali lagi, jika anda memberi kami kebenaran untuk mengumpul maklumat tersebut), kedua-dua di dalam dan di luar perkhidmatan kami. Kami juga mungkin menyimpan maklumat tentang penggunaan apl dan tapak web pihak ketiga pada peranti anda untuk melakukan ini. Ketahui lebih lanjut. Lihat bahagian Kawal Maklumat Anda di bawah untuk maklumat lebih lanjut tentang amalan pengiklanan Snap Inc. dan pilihan anda.

  • meningkatkan keselamatan produk dan perkhidmatan kami.

  • mengesahkan identiti anda dan mencegah penipuan atau aktiviti lain yang tidak dibenarkan atau melanggar undang-undang.

  • menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada kuki dan teknologi lain untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan pengalaman anda semasa menggunakannya.

  • melaksana, menyiasat, dan melapor tingkah laku yang mencabul Terma Perkhidmatan kami dan dasar lain yang digunakan, bertindak balas terhadap permintaan penguatkuasa undang-undang, dan mematuhi keperluan undang-undang.

Kami juga boleh menggunakan maklumat dari kamera TrueDepth Apple untuk meningkatkan kualiti Lensa. Maklumat dari kamera TrueDepth digunakan dalam masa sebenar — kami tidak menyimpan maklumat ini di pelayan kami atau berkongsi dengan pihak ketiga.

Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat

Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda dengan cara yang berikut:

  • Dengan Snapchatter yang lain. Kami boleh berkongsi maklumat berikut dengan Snapchatter yang lain:

  • maklumat mengenai anda, seperti nama pengguna, nama dan Bitmoji anda.

  • maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami, seperti "skor" Snapchat anda, nama Snapchatters rakan anda, sejauh mana anda rapat dengan rakan anda di Snapchat, sejarah lokasi terkini anda (jika anda memilih untuk berkongsi lokasi anda di Peta Snap) dan maklumat lain yang akan membantu Snapchatter memahami hubungan anda dengan orang lain menggunakan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, sebab mungkin tidak jelas sama ada permintaan rakan baharu datang daripada seseorang yang sebenarnya anda kenal, kami mungkin akan berkongsi sama ada anda dan pemohon mempunyai persamaan dengan Snapchat.

  • maklumat tentang peranti anda, seperti sistem pengendalian dan jenis peranti, untuk membantu anda menerima Sembang, Snap dan kandungan lain dalam format tontonan yang optimum.

  • sebarang maklumat tambahan yang anda telah arahkan kami untuk berkongsi. Sebagai contoh, Snap akan berkongsi maklumat anda apabila anda menghubungkan akaun Snapchat anda kepada aplikasi pihak ketiga, dan jika anda berkongsi maklumat atau kandungan dari Snapchat kepada aplikasi pihak ketiga.

  • kandungan yang anda siar atau hantar. Sejauh mana kandungan anda dikongsi bergantung pada seting peribadi anda dan jenis perkhidmatan yang anda gunakan. Sebagai contoh, Snap boleh dihantar kepada hanya seorang rakan yang anda pilih, tetapi kandungan Cerita Saya anda mungkin dapat dilihat oleh Snapchatter yang mana anda izinkan untuk melihat Cerita Saya.

  • Dengan semua Snapchatter, rakan kongsi perniagaan kami dan masyarakat umum. Kami boleh berkongsi maklumat berikut dengan semua Snapchatter dan juga dengan rakan kongsi perniagaan kami dan masyarakat umum:

  • maklumat umum seperti nama, nama pengguna, gambar profil, KodSnap dan Profil Umum anda.

  • Kandungan Umum seperti penghantaran Highlights, Customs, Pelekat, Lensa, Cerita dijangka dapat dilihat oleh Semua orang, dan mana-mana kandungan yang anda hantarkan kepada perkhidmatan awam yang wujud, seperti Spotlight, Peta Snap, dan perkhidmatan sumber orang ramai yang lain. Kandungan ini dapat dilihat, diguna dan dikongsi oleh orang ramai di dalam dan di luar perkhidmatan kami, termasuk melalui hasil carian, di tapak web, dalam aplikasi, dan dalam siaran dalam talian dan luar talian.

  • Dengan pihak ketiga. Kami boleh berkongsi maklumat dengan pihak ketiga dengan cara berikut:

  • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda denganpembekal perkhidmatan yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami, termasuk mengukur dan mengoptimumkan prestasi iklan dan menghantar lebih banyak iklan yang berkaitan, termasuk tapak web dan aplikasi pihak ketiga.

  • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda dengan rakan kongsi yang membekalkan perkhidmatan dan kefungsian ke atas perkhidmatan kami. Untuk maklumat lebih lanjut tentang maklumat yang dikumpul oleh pihak ketiga tentang perkhidmatan kami, lawati Tapak Sokongankami.

  • Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda, misalnya maklumat peranti dan penggunaan, untuk membantu kita dan pihak lain mencegah penipuan.

  • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda untuk sebab-sebab undang-undang, keselamatan dan sekuriti. Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda jika kami percaya bahawa pendedahan maklumat itu diperlukan untuk:

  • mematuhi mana-mana proses undang-undang yang sah, permintaan oleh pihak kerajaan atau undang-undang, peraturan atau aturan yang terpakai.

  • menyiasat, memulih, atau melaksanakan Terma Perkhidmatan yang berpotensi dan pencabulan Garis Panduan Komuniti.

  • melindungi hak, hak milik atau keselamatan kita, pengguna kami atau pihak lain.

  • mengesan dan menyelesaikan sebarang masalah penipuan atau keselamatan.

  • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pengambilalihan. Jika Snap Inc. terlibat dalam penggabungan, penjualan aset, pembiayaan, pembubaran atau kebankrapan, atau pengambilalihan semua atau sebahagian perniagaan kami kepada syarikat lain, kami boleh berkongsi maklumat anda dengan syarikat itu sebelum dan selepas transaksi ditutup.

  • Maklumat bukan peribadi. Kami juga mungkin berkongsi dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kepada kita atau melaksanakan tujuan perniagaan untuk kita maklumat agregat, tidak boleh dikenal pasti secara peribadi atau dihapuskan ciri pengenalpastian.

Kandungan dan Integrasi Pihak Ketiga

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi kandungan dan integrasi pihak ketiga. Contoh termasuk integrasi pihak ketiga dalam Kamera, permainan pihak ketiga dalam Sembang, dan integrasi Kit Snap pihak ketiga. Melalui integrasi ini, anda boleh membekalkan maklumat kepada pihak ketiga dan juga kepada Snap. Kami tidak bertanggungjawab dengan bagaimana pihak ketiga tersebut mengumpul atau mengguna maklumat anda. Seperti biasa, kami menggalakkan anda untuk mengkaji semula dasar privasi setiap perkhidmatan pihak ketiga yang anda lawati atau gunakan, termasuk pihak ketiga yang anda berinteraksi melalui perkhidmatan kami. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan pihak ketiga dalam Snapchatdi sini.

Berapa Lama Kami Menyimpan Maklumat Anda

Snapchat membolehkan anda merakam bagaimana rasanya hidup pada saat ini. Di pihak kami, itu bermakna kebanyakan mesej — seperti Snaps dan Sembang — yang dihantar di dalam Snapchat akan dipadamkan secara lalai daripada pelayan kami selepas kami mengesan ia telah dibuka oleh semua penerima atau telah tamat tempoh. Kandungan lain, seperti siaran Cerita, disimpan lebih lama. Untuk maklumat terperinci tentang berapa lama kami menyimpan jenis kandungan yang berbeza, lihatTapak Sokongankami.

Kami menyimpan maklumat lain untuk jangka masa yang lebih lama. Sebagai contoh:

  • Kami menyimpan maklumat akaun asas anda — seperti nama, nombor telefon dan alamat e-mel anda — dan senarai rakan sehingga anda meminta kami memadamkannya.

  • Kami menyimpan maklumat lokasi untuk jangka masa yang berbeza berdasarkan seberapa tepatnya dan perkhidmatan mana yang anda gunakan. Jika maklumat lokasi dikaitkan dengan Snap - seperti yang disimpan ke Memori atau disiarkan ke Peta Snap atau Tumpuan - kami akan mengekalkan lokasi itu selama kami menyimpan Snap tersebut. Tip pro: Anda boleh melihat lokasi data yang kami simpan tentang anda dengan memuat turun data anda.

Sekiranya anda pernah memutuskan untuk berhenti menggunakan Snapchat, anda bolehminta kami memadamkan akaun anda.. Kami juga akan memadam kebanyakkan maklumat yang kami kumpul tentang anda tersebut selepas anda menjadi tidak aktif untuk selama tempoh tertentu!

Perlu diingat bahawa, walaupun sistem kami direka untuk melaksanakan amalan pemadaman kami secara automatik, kami tidak dapat menjanjikan bahawa pemadaman akan berlaku dalam jangka waktu tertentu. Mungkin terdapat keperluan undang-undang untuk menyimpan data anda dan kami mungkin perlu menggantung amalan pemadaman tersebut jika kami menerima proses undang-undang yang sah yang meminta kami mengekalkan kandungan, jika kami menerima laporan penyalahgunaan atau pelanggaran Syarat Perkhidmatan yang lain, atau jika akaun anda, kandungan dibuat oleh anda, atau kandungan yang dibuat dengan pengguna lain dibenderakan oleh orang lain atau sistem kami kerana penyalahgunaan atau pelanggaran Syarat Perkhidmatan yang lain. Akhir sekali, kami boleh juga menyimpan maklumat tertentu sebagai sandaran untuk jangka waktu yang terhad atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Kawalan Ke Atas Maklumat Anda

Kami mahu anda memiliki kawalan ke atas maklumat anda, oleh itu, kami telah menyediakan alat-alat berikut untuk anda.

  • Akses, Pembetulan dan Kemudahalihan. Anda boleh mengakses dan mengedit sebahagian besar maklumat asas akaun anda di aplikasi kami. Anda juga boleh menggunakan Muat turun Data Saya untuk mendapatkan salinan maklumat yang tidak tersedia dalam aplikasi kami dalam format mudah alih, supaya anda boleh memindahkannya atau menyimpannya di mana sahaja anda inginkan. Oleh kerana privasi anda penting bagi kami, kami mungkin akan meminta anda mengesahkan identiti anda atau memberikan maklumat tambahan sebelum kami membiarkan anda mengakses atau mengemas kini maklumat peribadi anda. Kami juga boleh menolak permintaan anda untuk mengakses atau mengemas kini maklumat peribadi anda atas beberapa sebab, termasuk, sebagai contoh, jika permintaan tersebut membahayakan privasi pengguna lain atau menyalahi undang-undang.

  • Membatalkan kebenaran. Dalam kebanyakkan kes, jika anda membenar kami menggunakan maklumat anda, anda boleh membatalkan kebenaran anda dengan menukar seting di aplikasi atau pada peranti anda jika peranti anda menawarkan pilihan tersebut. Sudah tentu, jika anda melakukannya, perkhidmatan tertentu mungkin kehilangan fungsi sepenuhnya. Untuk e-mel promosi dan SMS, anda boleh menarik diri dengan mengklik pada pautan nyahlanggan atau mekanisme serupa seperti yang disediakan.

  • Pemadaman. Walaupun kami berharap anda akan kekal sebagai Snapchatter seumur hidup, jika atas sebab tertentu anda ingin memadam akaun anda, pergi ke sini untuk mengetahui caranya. Anda juga boleh memadam beberapa maklumat dalam aplikasi, seperti foto yang telah anda simpan ke Memori, penghantaran Spotlight, dan sejarah carian.

  • Pilihan Pengiklanan. Kami cuba menunjukkan kepada anda iklan yang kami fikir berkaitan dengan minat anda. Jika anda mahu mengubah suai maklumat yang kami dan rakan kongsi pengiklanan kami gunakan untuk memilih iklan-iklan ini, anda boleh berbuat demikian dalam aplikasi dan melalui pilihan di peranti anda. Pergi ke sini untuk ketahui lebih lanjut.

  • Penjejakan. Jika anda menarik diri daripada penjejakan pada peranti yang menjalankan iOS 14.5 atau versi yang lebih terkini, kami tidak akan memautkan maklumat boleh kenal pasti diri daripada aplikasi dan laman web pihak ketiga dengan maklumat boleh kenal pasti diri daripada Snapchat untuk tujuan pengiklanan, kecuali pada peranti anda. Anda boleh mengawal penggunaan data pada peranti ini untuk pengiklanan dengan menarik diri daripada Pengiklanan Berasaskan Aktiviti di Tetapan Keutamaan Iklan Snapchat. Pergi ke sini untuk ketahui lebih lanjut.

  • Berkomunikasi dengan Snapchatter yang lain. Penting bagi kami agar anda sentiasa dalam kawalan dengan siapa anda berkomunikasi. Itulah sebabnya kami telah membina sebilangan alat dalam Tetapan yang membolehkan anda menunjukkan, antara lain, siapa anda mahu melihat Cerita anda, sama ada anda ingin menerima Snap hanya dari rakan-rakan anda atau semua Snapchatter dan sama ada anda mahu menyekat Snapchatter yang lain daripada menghubungi anda lagi. Pergi ke sini untuk ketahui lebih lanjut.

Pemindahan Data Antarabangsa

Kami boleh mengumpul maklumat peribadi anda dari, memindahkannya ke, dan menyimpan dan memprosesnya di Amerika Syarikat dan negara lain di luar tempat anda tinggal. Bila-bila masa kami berkongsi maklumat di luar tempat yang anda tinggal, apabila kami diminta secara sah untuk melakukannya, kami akan memastikan bahawa terdapatnya mekanisma pemindahan yang bersesuaian. Kami juga akan memastikan bahawa mana-mana pihak ketiga yang kami kongsi maklumat dengan mempunyai mekanisma pemindahan yang bersesuaian juga. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kategori pihak ketiga dengan siapa kami kongsi maklumat di sini.

Maklumat Tertentu Negeri dan Wilayah

Anda mungkin mempunyai hak privasi tertentu dalam negeri atau wilayah anda. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, penduduk di California dan negeri lain mempunyai hak privasi tertentu. Snapchatter di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), UK, Brazil, Korea Republik, dan bidang kuasa lain juga mempunyai hak tertentu. Kami mempunyai gambaran keseluruhan pendedahan tertentu negeri dan wilayah di sini.

Kanak-kanak

Perkhidmatan kami tidak dimaksudkan untuk — dan kami tidak menujukannya kepada — sesiapa yang berumur bawah 13 tahun. Dan itulah sebabnya kami tidak mengumpulkan maklumat peribadi daripada sesiapa yang berumur bawah 13 tahun dengan sengaja. Selain itu, kami mungkin mengehadkan cara kami mengumpulkan, menggunakan dan menyimpan sesetengah maklumat pengguna EEA dan UK yang berumur antara 13 hingga 16 tahun. Dalam sesetengah kes, ini bermakna kami tidak akan dapat menyediakan fungsi tertentu kepada pengguna ini. Jika kami perlu bergantung pada persetujuan sebagai asas undang-undang untuk memproses maklumat anda dan negara anda memerlukan persetujuan daripada ibu bapa, kami mungkin memerlukan persetujuan ibu bapa anda sebelum kami mengumpul dan menggunakan maklumat tersebut.

Pindaan kepada Dasar Privasi

Kami boleh mengubah Dasar Privasi ini dari masa ke semasa. Tetapi apabila kami melakukannya, kami akan memberitahu anda dengan apa cara sekalipun. Kadang-kadang, kami akan memberitahu anda dengan menyemak tarikh di bahagian atas Dasar Privasi yang tersedia di tapak web dan aplikasi mudah alih kami. Pada masa lain, kami mungkin memberi anda pemberitahuan tambahan (seperti menambahkan pernyataan ke halaman tapak web kami atau memberi anda pemberitahuan dalam aplikasi).