Menyediakan Lebih Banyak Pilihan dan Kawalan Iklan untuk Komuniti Kami
30 Jun 2021
Menyediakan Lebih Banyak Pilihan dan Kawalan Iklan untuk Komuniti Kami
30 Jun 2021
Snapchat ialah ruang untuk ekspresi diri, penemuan dan penerokaan. Pengiklanan adalah salah satu cara kami mengekalkan Snapchat terbuka dan boleh diakses melalui susunan kandungan berkualiti tinggi, inovasi produk, dan kesederhanaan keselamatan komuniti yang berdedikasi. Kami ingi memberikan pengalaman terbaik untuk komuniti kami, dan kami mahu iklan-iklan yang kami paparkan seronok, menarik, dan relevan kepada Snapchatter!
Untuk membolehkan ini, kami teruja untuk berkongi beberapa ciri dalam aplikasi dan sumber pembelajaran yang memberi Snapchatter lebih banyak kawalan ke atas pengiklanan mereka dan keutamaan penggunaan data.
Keutamaan Iklan
Untuk membantu Snapchat menghantar iklan yang paling relevan, berguna kepada Snapchatter, kami membiarkan pengiklan dan rakan kongsi lain menunjuk kepada Snapchatter iklan dalam perkhidmatan yang mereka gunakan berdasarkan maklmat yang dikumpul dari tapak web dan perkhidmatan yang lain. Jika mereka memilih untuk iklan tidak ditunjukkan kepada mereka berdasarkan maklumat ini, Snapchatter boleh dengan mudah menyelaraskan Keutamaan Iklan mereka dalam Seting Aplikasi. Untuk ketahui lebih lanjut lagi tentang Pilihan iklan yang berbeza sila lihat di sini.
Pilihan Tajuk Iklan
Jika Snapchatter tidak berasa selesa melihat iklan dari topik pengiklanan tertentu, kami membuatkannya mudah untuk mereka memberitahu kami. Kami kini menawarkan keupayaan untuk keluar dari topik iklan sensitif seperti pengiklanan alkohol dan politik, dan tidak lama lagi menyokong kefungsian ini untuk iklan perjudian juga.
Laporkan Iklan
Apabila Snapchatter melihat sesuatu iklan, mereka boleh mahu melaporkan tentangnya apabila mereka melihatnya. Snapchatter boleh dengan mudah melaporkan jika mereka suka atau tidak suka kandungan tersebut, atau jika mendapatinya palsu atau merisaukan. Pasukan berdedikasi kami di Snap bekerja setiap masa dan mengambil tindakan ke atas laporan yang melanggar dasar kami!
Sembunyikan Iklan
Bagi iklan individu yang Snapchatter dapati tidak relevan, tidak sesuai, atau menjengkelkan, mereka boleh dengan mudah Sembunyikan Iklan dari muncul untuk mereka pada masa depan.
Snapchatters boleh Laporkan atau Sembunyikan Iklan dengan mudah
Sumber Pendidikan Mengenai Ketelusan Penjejakan Apl
Sebagai sebahagian daripada siri kandungan celik digital Snapshot Keselamatan kami, kami telah menyediakan komuniti kami dengan episod Discover baharu untuk membantu Snapchatters memahami Ketelusan Penjejakan Apl (ATT) Apple. ATT ialah rangka kerja privasi baharu yang direka bentuk untuk menyediakan pengguna dengan keupayaan untuk memilih cara mereka mahu data peribadi mereka dikendalikan oleh apl melalui gesaan dalam apl. Episod pendidikan menggariskan asas cara gesaan berfungsi, cara membuat pemilihan penggunaan data yang mereka kehendaki dan kesan pemilihan mereka terhadap pengalaman iklan mereka di Snapchat.
Apakah yang seterusnya?
Kami akan terus mengutamakan privasi dan pilihan untuk komuniti Snapchat melalui pilihan pengiklanan yang mudah dan telus, dan sumber berkaitan tentang topik keselamatan dan privasi. Alatan dan sumber di atas mewakili sebahagian daripada banyak usaha dan inovasi kami untuk memastikan komuniti kami selamat dan bermaklumat. Kami berharap kemas kini ini dan masa hadapan akan mendorong kesedaran tentang pilihan pengiklanan dan penggunaan data yang boleh dibuat oleh komuniti kami, dan untuk menggalakkan Snapchatters membuat pilihan yang mereka rasa terbaik.