Snap Values

Hari Kesedaran Fentanyl Kebangsaan: Usaha Kami Diteruskan untuk Memerangi Krisis Fentanyl A.S

9 Mei 2023

Snap berbangga untuk berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Pengasas Hari Kesedaran Fentanyl Kebangsaan dan, pada kesempatan ini, menggandakan usaha kami untuk membasmi penjualan dadah di platform kami dan mendidik komuniti kami mengenai bahaya fentanyl. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami dalam kalangan penguatkuasa undang-undang, organisasi keselamatan dan kumpulan ibu bapa, khususnya, Song for Charlie, yang berdedikasi untuk memerangi wabak yang dahsyat ini yang telah meragut begitu banyak nyawa.

Bagi memperingati ulang tahun kedua Hari Kesedaran Fentanyl Kebangsaan yang penuh duka, kami ingin memberikan perkembangan terkini kepada komuniti tentang usaha berterusan kami. 

  • Hari ini, kami melancarkan alat pendidikan dalam Snapchat dalam bentuk Lensa dan Penapis kebangsaan, yang menonjolkan bahaya fentanyl. Kami juga akan melancarkan pengumuman khidmat masyarakat dalam aplikasi untuk berkongsi fakta penting tentang fentanyl dengan golongan muda di Snapchat. Di samping itu, Hari Kesedaran Fentanyl Kebangsaan menganjurkan satu siri webinar maya dengan pakar-pakar bidang berkaitan untuk mencapai golongan remaja, dewasa muda, ibu bapa, penyokong dan pembuat dasar yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai krisis fentanyl yang terlarang. Semua sesi terbuka kepada orang ramai, dan kami menggalakkan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai panel-panel ini di sini.

  • Kami terus meningkatkan sokongan kami untuk organisasi penguatkuasa undang-undang dan siasatan mereka untuk membawa pengedar dadah ke muka pengadilan. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami telah bekerjasama untuk membantu pegawai penguatkuasa undang-undang memahami lebih lanjut tentang cara Snapchat berfungsi, bagaimana kami boleh jadi sumber rujukan mereka dan cara terbaik untuk mengemukakan permintaan data. Sebagai contoh, Disember lalu, lebih 3,000 pegawai penguatkuasa undang-undang A.S menghadiri Sidang Kemuncak Penguatkuasa Undang-undang A.S tahunan kedua kami dan mempelajari lebih lanjut tentang cara kami bekerjasama. Selain itu, untuk membantu memastikan bahawa penguatkuasa undang-undang boleh menggunakan proses undang-undang dengan berkesan untuk mengakses data yang mereka perlukan untuk siasatan dan pendakwaan aktiviti jenayah, kami menyimpan kandungan yang melanggar peraturan untuk tempoh yang lama walaupun selepas akaun telah dialih keluar dari platform.

  • Untuk menguatkan lagi kerjasama antara syarikat teknologi dan penguatkuasa undang-undang, kami telah bekerjasama dengan Senator Roger Marshall dan Jeanne Shaheen dalam rang undang-undang dwipartisan yang memberi tumpuan kepada memerangi wabak fentanyl, Akta Cooper Davis. Rang undang-undang ini mewujudkan rangka kerja undang-undang bagi syarikat teknologi untuk berkongsi maklumat tentang dadah maut dengan pihak penguatkuasa undang-undang dan membuka jalan untuk kerjasama dan perkongsian data yang lebih besar antara sektor awam dan swasta untuk memerangi fentanyl. Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan Kongres mengenai undang-undang kritikal ini.

  • Tahun lalu, kami memulakan program perintis dengan Meta untuk mengenal pasti corak dan tanda-tanda kandungan dan aktiviti yang berkaitan dengan dadah haram di seluruh platform kami. Memandangkan pengedar dadah mengeksploitasi banyak perkhidmatan yang berbeza, perkongsian corak dan isyarat membolehkan kami untuk meningkatkan usaha pengesanan proaktif kami dalam mencari dan mengalih keluar kandungan dadah haram dan akaun pengedar. Apabila program tersebut berkembang, kami berharap untuk menambah syarikat teknologi lain  untuk membantu melindungi orang ramai dan memerangi isu seluruh industri ini.

  • Kami bekerjasama dengan Majlis Iklan tahun lalu dalam kempen kesedaran awam kebangsaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang memfokuskan kepada mendidik remaja mengenai bahaya fentanyl: Real Deal on Fentanyl. Baru-baru ini, kami telah menambag video kempen ke portal pendidikan dadah dalam aplikasi kami, Heads Up. Sumber-sumber ini menyediakan maklumat kepada golongan muda di Amerika mengenai bahaya pil tiruan dan kepentingan nalokson sebagai ubat yang dapat menyelamatkan nyawa. Kami juga menyalurkan PSA kempen untuk remaja dan dewasa muda di Snapchat dan kami akan melancarkan Lensa baharu dalam beberapa minggu akan datang yang secara khusus akan menyasarkan pelajar sekolah menengah dan kolej.

  • Dalam usaha untuk menyediakan kandungan pendidikan yang tepat pada masanya mengenai bahaya dadah, kami akan menambah sumber daripada kempen Stop Overdose oleh CDC yang merangkumi topik seperti penggunaan pelbagai bahan dan mengurangkan stigma terhadap gangguan penggunaan bahan. Kami juga bekerjasama dengan Song for Charlie untuk menghasilkan kandungan baharu yang akan meliputi pemeriksaan fakta dan pembongkaran mitos tentang fentanyl dan tip pendidikan rakan sebaya. 

Melindungi komuniti Snapchat adalah sangat penting kepada kami. Walaupun kami telah mencapai kemajuan, kami percaya kami mempunyai peluang untuk mendidik pengguna kami dengan lebih lanjut mengenai bahaya fentanyl dan akan terus melabur dengan banyak dalam usaha untuk mengesan dan mengalih keluar kandungan dadah yang membawa maut. Masalah masyarakat seperti fentanyl dan pil tiruan memerlukan penyelesaian masyarakat dan kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan komuniti, ibu bapa dan keluarga, penguatkuasa undang-undang dan syarikat teknologi untuk membawa perubahan. 

 – Jennifer Stout, Naib Presiden Dasar Awam Global di Snap & Ahli Majlis Penasihat Hari Kesedaran Fentanyl Kebangsaan 

Kembali ke Berita