logoSnap Values

Penggubal Undang-undang Kesatuan Eropah Mesti Bertindak Segera untuk Memastikan Perlindungan Kanak-Kanak Berterusan

19 Mac 2026

Pada 19 Mac, Snapchat menyertai Google, LinkedIn, Meta, Microsoft dan TikTok untuk untuk menyeru supaya lanjutan diberikan kepada pengecualian ePrivasi Kesatuan Eropah.

Sebagai syarikat teknologi, kami sangat bimbang tentang kegagalan dalam rundingan EU untuk mendapatkan perlindungan kanak-kanak bawah umur yang berterusan daripada penderaan seksual kanak-kanak. Membenarkan asas undang-undang pengecualian ePrivacy yang telah berkuat kuasa sejak 2021 tamat pada 3 April adalah tidak bertanggungjawab. Ia mesti dilanjutkan.

Kegagalan untuk bertindak akan mengurangkan kejelasan undang-undang yang telah membenarkan syarikat selama hampir 20 tahun untuk mengesan dan melaporkan secara sukarela bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) yang diketahui dalam perkhidmatan komunikasi interpersonal sekaligus menyebab kanak-anak di seluruh Eropah dan di seluruh dunia dengan perlindungan yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

Pengesanan CSAM secara sukarela melalui padanan hash ialah satu kaedah yang telah mantap dan menjadi teras dalam siasatan penguatkuasaan undang-undang, kerana ia membantu mengenal pasti penderaan kanak-kanak yang berterusan dan mencegah penyebaran kandungan yang sangat memudaratkan dan menyalahi undang-undang. 

Pemadanan hash yang telah lama digunakan secara meluas dalam industri menggunakan cap jari digital yang tidak boleh dipulihkan untuk mengenal pasti CSAM yang diketahui. Dengan memadankan hash unik ini dengan pangkalan data selamat untuk bahan yang telah dikenal pasti sebelum ini, sistem ini memastikan pengesanan berketepatan tinggi sambil mematuhi prinsip-prinsip privasi. 

Mengganggu pengesanan kandungan yang sangat keji ini akan mengurangkan alat yang tersedia kepada industri untuk melindungi kanak-kanak dan berisiko mengabaikan mangsa jenayah yang menjijikkan ini. 

Kami menggesa penggubal undang-undang di Eropah untuk segera mencapai persetujuan mengenai langakah ke hadapan untuk pengesanan CSAM secara sukarela dalam perkhidmatan komunikasi interpersonal dan membolehkan kesinambungan alat sedia ada untuk melindungi kanak-kanak bawah umur.  Kegagalan untuk berbuat demikian adalah tidak bertanggungjawab. 

Kembali ke Berita