Pakar AI menyertai Ahli Lembaga Penasihat Keselamatan Snap

31 Julai 2023

Awal tahun ini, Snap mengumumkan bahawa mereka sedang menerima permohonan daripada pakar kecerdasan buatan (AI) bertauliah untuk menyertai ahli Lembaga Penasihat Keselamatan (SAB) kami yang kini teridir daripada sekumpulan 16 orang profesional dan tiga orang peguam muda yang bertindak sebagai lembaga penasihat Snap berkenaan isu keselamatan platform. Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa dua orang pakar AI telah menyertai ahli lembaga kami dan mengambil bahagian dalam mesyuarat pertama SAB baharu kami secara bersemuka pada bulan lepas.

Meeri Haataja, Ketua Pegawai Eksekutif Saidot yang berpangkalan di Finland, dan Patrick K. Lin seorang peguam yang berpangkalan di A.S. dan pengarang Machine See, Machine Do, telah dipilih dalam kalangan berpuluh-puluh pemohon untuk dua kerusi pakar AI dalam SAB Snap. Meeri dan Patrick membawa pengetahuan dan pengalaman yang luas serta membantu menyumbangkan pandangan tentang isu-isu AI dan keselamatan dalam talian. Berikut adalah beberapa komen daripada Meeri dan Patrick yang mereka ucapkan sendiri:

Meeri: "Saya sangat teruja untuk menyertai kumpulan ini dan berkolaborasi dengan Snap dalam perjalanan AI mereka. Kita sedang melalui sebuah era yang penting di mana teknologi AI mencipta peluang baru kepada syarikat-syarikat media sosial untuk meningkatkan dan memperhalusi nilai serta perkhidmatan mereka. Dengan dampak yang begitu besar, Snap mempunyai tanggungjawab yang sangat penting untuk menjelajah peluang-peluang AI yang baharu ini dengan penuh hati-hati, serta memberi keutamaan kepada kesejahteraan pengguna muda mereka, dan melindungi mereka daripada risiko yang berpotensi. Saya berasa sukacita untuk berkolaborasi dengan Snap melalui Lembaga Penasihat Keselamatan multidisiplin untuk membantu memastikan pelaksanaan AI yang selamat dan bertanggungjawab, serta berharap dapat menyumbang kepada penciptaan amalan industri AI dalam media sosial yang bertanggungjawab."

Patrick: "AI menawarkan peluang yang menarik dalam memperkenalkan interaksi dan ciri baharu di media sosial. Namun, potensi manfaat AI tidak dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa perbincangan yang teliti dan berterusan tentang risiko-risiko yang dibawa oleh teknologi tersebut. Saya gembira melihat Snap mengenal pasti risiko tersebut serta mempertimbangkan cara teknologi digunakan untuk membangunkan ruang digital yang lebih selamat, terutamanya untuk remaja dan golon gan muda. Saya tidak sabar untuk menyumbang kepada usaha berterusan tersebut sebagai pakar AI dalam Lembaga Penasihat Keselamatan Snap.”

Pada tahun 2022, kami mengembangkan dan mencipta semula SAB kami dengan memasukkan kumpulan profesional yang lebih pelbagai dari sudut geografi, disiplin dan peranan berkaitan keselamatan. Kami juga memilih tiga ahli Generasi Z, yang kesemuanya merupakan pengguna kuasa Snapchat, untuk memastikan representasi - pada tahap strategik ini - daripada keseluruhan suara belia yang sangat penting. Kemunculan My AI mendorong kami untuk mengembangkan lagi SAB kami dengan memasukkan pakar bidang yang unik dan sedang berkembang maju ini.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Meeri dan Patrick, serta semua ahli SAB kami, atas perincian dan perspektif mendalam yang mereka kongsikan pada pertemuan pertama secara bersemuka di ibu pejabat Snap bulan lepas. Kami membincangkan secara kolektif tentang ciri-ciri dan fungsi produk baharu dan sedia ada, isu-isu undang-undang dan peraturan global yang kompleks, serta idea untuk mencapai Snapchatters dan ibu bapa pengguna termuda kami dengan meningkatkan kesedaran dan memberikan tip-tip penting untuk kekal selamat.  

Kami berharap dapat bekerjasama dengan SAB kami untuk bulan dan tahun-tahun akan datang.

- Jacqueline Beauchere, Ketua Keselamatan Platform Global Snap

Kembali ke Berita