Garis Panduan Komuniti

Di Snap, kami menyumbang kepada kemajuan manusia dengan memperkasakan orang ramai untuk mengekspresikan diri, menikmati detik kehidupan, mempelajari tentang dunia ini, dan berseronok bersama-sama! Kami mencipta Garis Panduan Komuniti ini untuk menggalakkan ekspresi diri yang seluas-luasnya, sambil membantu untuk memastikan agar Snapchatter dapat menggunakan perkhidmatan kami dengan selamatnya pada setiap hari.

Terma Perkhidmatan

Kami mendraf Terma Perkhidmatan agar anda mengetahui peraturan yang mengawal selia hubungan kami dengan anda. Terma membentuk kontrak yang diikat secara sah antara anda dengan Snap. Sila baca dengan teliti.

Dasar Privasi

Snap Inc. ialah sebuah syarikat kamera. Perkhidmatan kami - termasuk Snapchat, Bitmoji dan lain-lain yang berkaitan dengan Dasar Privasi ini - menyediakan cara yang pantas dan menyeronokkan untuk ekspresi diri, menikmati detik kehidupan, belajar tentang dunia dan berseronok bersama-sama! Kami cuba menulisnya secara bebas daripada undang-undang yang sering menyebabkan kekaburan pada dokumen-dokumen ini. Sudah tentu, jika anda masih mempunyai soalan tentang apa-apa sahaja dalam Dasar Privasi kami, kunjungi Pusat Privasi kami yang berdedikasi atau hubungi kami secara langsung.