Notis Privasi Kanada

Berkuat kuasa: 22 September 2023

Kami telah mencipta notis ini khas untuk pengguna di Kanada. Pengguna di Kanada mempunyai hak privasi tertentu sebagaimana yang dinyatakan di bawah undang-undang Kanada, termasuk Akta Perlindungan Maklumat Peribadi dan Dokumen Elektronik (PIPEDA). Prinsip Privasi Kami dan kawalan privasi yang kami tawarkan kepada semua pengguna adalah sejajar dengan undang-undang ini—notis in memastikan kami meliputi keperluan khusus Brazil. Sebagai contoh, semua pengguna boleh meminta salinan data mereka, meminta pemadaman akaun dan mengawal tetapan privasi mereka dalam aplikasi. Untuk gambaran penuh, lihat Dasar Privasi kami.

Pengawal Data

Jika anda seorang pengguna di Kanada, anda harus tahu bahawa Snap Inc. bertanggungjawab untuk maklumat peribadi anda.

Hak Anda

Anda boleh menggunakan hak akses dan pembetulan anda seperti yang diterangkan dalam bahagian Kawalan Ke Atas Maklumat Anda dalam Dasar Privasi atau dengan menghubungi Pegawai Privasi kami menggunakan maklumat hubungan yang telah disediakan di bawah.

Bergantung pada wilayah anda, anda mungkin ada hak tambahan, termasuk hak untuk mengawal penyebaran maklumat peribadi anda, hak untuk mudah alih data, hak untuk dimaklumkan dan menyerahkan pemerhatian tentang membuat keputusan secara automatik dan hak untuk meminta maklumat mengenai pemprosesan data.

Kami mereka bentuk produk dan perkhidmatan dengan mengambil kira privasi. Dengan banyak jenis data, kami membekalkan anda kemampuan untuk memadamkannya jika anda tidak mahu kami memprosesnya lagi. Untuk jenis data yang lain, kami memberi anda kemampuan untuk menghentikan penggunaan data anda dengan menyahaktifkan ciri sama sekali. Sekiranya terdapat jenis maklumat lain yang anda tidak lagi bersetuju dengan pemprosesan kami, anda boleh menghubungi kami.

Audiens Kami

Perkhidmatan kami bukan ditujukan untuk — dan kami tidak mengarahkan mereka untuk — sesiapa di bawah umur 13 tahun (atau yang berumur diperlukan di wilayah anda untuk anda diberi kuasa mendaftar dan menggunakan perkhidmatan kami tanpa kelulusan ibu bapa). Dan itulah sebabnya kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada sesiapa di bawah umur ini dengan sengaja.

Pemindahan Data Antarabangsa

Untuk memberikan perkhidmatan kami kepada anda, kami boleh mengumpul maklumat peribadi anda daripada, memindahkannya ke dan menyimpan serta memprosesnya, dengan keluarga syarikat Snap Inc. dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga tertentu untuk melaksanakan fungsi bagi pihak Snap seperti yang diterangkan di sini, di Amerika Syarikat dan negara lain di luar tempat anda tinggal. Apabila kami berkongsi maklumat di luar tempat tinggal anda, kami memastikan bahawa pemindahan tersebut mematuhi undang-undang temptatan anda supaya maklumat peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya. Walaupun maklumat sedemikian berada di luar bidang kuasa kediaman anda, ia tertakluk kepada undang-undang bidang kuasa di mana ia dipegang dan mungkin tertakluk kepada pendedahan kepada kerajaan, mahkamah atau agensi penguatkuasaan undang-undang atau kawal selia bidang kuasa lain tersebut, menurut undang-undang tempatan.

uki

Seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian dan aplikasi mudah alih, kami boleh menggunakan kuki dan teknologi lain, seperti suar web, storan web dan pengecam pengiklanan unik, untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti, penyemak imbas dan peranti anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami dan rakan kongsi kami menggunakan kuki pada perkhidmatan kami dan pilihan anda, sila semak bahagian Maklumat yang Dikumpul oleh Kuki dan Teknologi Lain pada Dasar Privasi.

Aduan atau pertanyaan?

Kami ingin anda tahu bahawa anda boleh menghantar sebarang pertanyaan atau aduan kepada pasukan sokongan privasi kami atau Pegawai Privasi kami di dpo@snap.com. Anda juga berhak memfailkan aduan dengan Pejabat Pesuruhjaya Privasi Kanada atau pesuruhjaya privasi tempatan anda.