Dasar Privasi

Berkuatkuasa: 15 Ogos, 2023

Snap Inc. adalah sebuah syarikat teknologi. Produk dan perkhidmatan kami — termasuk Snapchat, Bitmoji, Spectacles dan perkakasan lain, pengiklanan, perdagangan dan lain-lain yang berkaitan dengan Dasar Privasi ini — menyediakan cara yang pantas, menyeronokkan dan diperibadikan untuk mengekspresikan diri anda, hidup pada masa ini, belajar tentang dunia dan bergembira bersama!

Apabila anda menggunakan perkhidmatan ini, anda akan berkongsi beberapa maklumat dengan kami. Oleh itu, kami ingin memaklumkan tentang maklumat yang kami kumpulkan, bagaimana kami menggunakannya, bagaimana maklumat itu dikongsi dan kawalan yang anda miliki.

Kami telah melakukan yang terbaik untuk menulis Dasar Privasi ini dengan cara yang mudah difahami untuk semua pengguna kami dan bebas daripada bahasa yang sukar dan frasa undang-undang. Jika anda ingin menyemak sesuatu kemudian, anda sentiasa boleh melihat Pusat Privasi kami. Kami merekanya untuk memberi anda ringkasan tentang amalan privasi kami dengan cara yang mudah dihadam. Sebagai contoh, halaman Privasi mengikut Produk kami memberikan maklumat dan pautan khusus produk kepada halaman sokongan dengan petua dan helah. Masih ada soalan? Hubungi kami sahaja.

Maklumat Yang Kami Kumpul

Terdapat tiga kategori asas maklumat yang dikumpulkan oleh kami:

  • Maklumat yang anda berikan.

  • Maklumat yang kami dapat semasa anda menggunakan perkhidmatan kami.

  • Maklumat yang kami dapat daripada pihak ketiga.

Berikut adalah sedikit penerangan lanjut tentang setiap kategori ini.

Maklumat Yang Anda Berikan.

Apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami, kami mengumpul maklumat yang anda bekalkan kepada kami Sebagai contoh, kebanyakan perkhidmatan kami memerlukan anda menyediakan akaun, jadi kami perlu mengumpulkan beberapa butiran penting tentang anda, seperti nama, nama pengguna, kata laluan, alamat e-mel, nombor telefon, dan tarikh jadi anda. Kami juga boleh meminta anda untuk menyediakan kami dengan beberapa maklumat tambahan yang akan boleh dilihat oleh umum di perkhidmatan kami,, seperti gambar profil atau avatar Bitmoji. Dan jika anda menggunakan produk perdagangan kami untuk membeli sesuatu, seperti kasut sniker terbaru itu, kami mungkin meminta maklumat pembayaran anda, seperti nombor kad debit atau kredit dan maklumat akaun yang berkaitan.

Sudah tentu, anda juga akan memberikan kami apa sahaja maklumat yang anda hantar melalui perkhidmatan kami, seperti Snap dan Sembang, perbualan dengan My AI, penyerahan Tumpuan, maklumat Profil Umum, Memori, dan banyak lagi. Perlu diingat pengguna yang melihat Snap, Sembang dan mana-mana kandungan lain anda sentiasa boleh simpan kandungan itu atau salinan di luar aplikasi. Jadi, akal sehat yang sama yang terpakai pada Internet secara amnya terpakai pada perkhidmatan kami juga: jangan hantar mesej atau berkongsi kandungan yang anda tidak mahu seseorang simpan atau berkongsi.

Apabila anda menghubungi Sokongan atau berkomunikasi dengan kami dengan cara lain, kami akan mengumpul apa sahaja maklumat yang anda sukai atau yang kami perlukan untuk menyelesaikan soalan anda.

Maklumat Yang Kami Memperolehi Semasa Anda Menggunakan Perkhidmatan Kami

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami mengumpul maklumat tentang perkhidmatan mana yang telah anda gunakan dan bagaimana anda menggunakannya. Kami mungkin tahu, sebagai contoh, bahawa anda menonton Cerita tertentu, menonton video kucing di Tumpuan, melihat iklan tertentu untuk tempoh masa tertentu, meneroka Peta Snap dan menghantar beberapa Snap. Berikut adalah penjelasan yang lebih lengkap tentang jenis maklumat yang kami kumpul apabila anda menggunakan perkhidmatan kami:

  • Maklumat Penggunaan. Kami mengumpul maklumat tentang aktiviti anda melalui perkhidmatan kami. Sebagai contoh, kami mungkin mengumpul maklumat tentang:

    • cara anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami, seperti Penapis atau Lensa yang anda lihat atau gunakan pada Snap, Cerita yang anda tonton, sama ada anda menggunakan Spectacles, interaksi anda dengan My AI atau pertanyaan carian yang anda hantar.

    • bagaimana anda berkomunikasi dengan Snapchatter lain, seperti nama mereka, masa dan tarikh komunikasi anda, bilangan mesej yang anda tukar dengan rakan anda, rakan yang paling kerap anda bertukar mesej dan interaksi anda dengan mesej (seperti semasa anda membuka mesej atau kami mengesan bahawa anda menangkap syot layar).

  • Maklumat Kandungan. Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh melibatkan diri dengan kamera atau peralatan kreatif dan mencipta serta berkongsi pelbagai jenis kandungan termasuk Cerita, Snap dan banyak lagi. Kami mengumpul maklumat tentang kandungan yang anda cipta atau sediakan pada perkhidmatan kami, dan penglibatan anda dengan kamera dan peralatan kreatif. Untuk kandungan tertentu, ini mungkin termasuk maklumat berdasarkan kandungan imej, video dan audio. Sebagai contoh, jika anda siarkan Tumpuan Snap tentang anda bermain bola keranjang, kami mungkin tunjukkan kepada anda Tumpuan Snap lain tentang bola keranjang. Kami juga mungkin mengumpul maklumat lain tentang kandungan, termasuk metadata — iaitu maklumat tentang kandungan itu sendiri seperti tarikh dan masa ia disiarkan dan siapa yang melihatnya.

  • Maklumat Peranti. Kami mengumpul maklumat dari dan tentang peranti yang anda gunakan. Sebagai contoh, kami mungkin mengumpul:

    • maklumat tentang perkakasan dan perisian anda, misalnya model perkakasan, versi sistem pengendalian, memori peranti, pengecam pengiklanan, pengecam aplikasi unik, aplikasi yang dipasang, pengecam peranti unik, data penggunaan peranti, jenis penyemak imbas, papan kekunci dipasang, bahasa, tahap bateri dan zon waktu;

    • maklumat daripada sensor peranti, misalnya meter pecutan, giroskop, kompas, mikrofon dan sama ada anda telah bersambung dengan fon kepala; dan

    • maklumat tentang sambungan tanpa wayar dan rangkaian mudah alih anda, seperti nombor telefon mudah alih, pembekal perkhidmatan, alamat IP dan kekuatan isyarat.

  • Buku Telefon Peranti. Oleh kerana perkhidmatan kami adalah mengenai berkomunikasi dengan rakan, kami boleh — dengan kebenaran anda — mengumpul maklumat daripada buku telefon peranti anda, seperti kenalan anda dan maklumat berkaitan.

  • Kamera, Foto, dan Audio. Kebanyakan perkhidmatan kami memerlukan kami mengumpul imej dan maklumat lain daripada kamera, foto, dan mikrofon peranti anda. Sebagai contoh, anda tidak akan dapat menghantar Snap atau memuat naik foto dari gulung kamera anda melainkan kami dapat mengakses kamera atau foto anda.

  • Maklumat Lokasi. Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami boleh mengumpul maklumat tentang lokasi anda. Dengan kebenaran anda, kami juga mungkin mengumpul maklumat tentang lokasi tepat anda yang termasuk kaedah seperti isyarat GPS.

  • Maklumat yang Dikumpulkan oleh Kuki dan Teknologi Lain. Seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian dan aplikasi mudah alih, kami boleh menggunakan kuki dan teknologi lain, seperti suar web, penyimpanan web, dan pengecam pengiklanan yang unik, untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti, penyemak imbas dan peranti anda. Kami juga mungkin menggunakan teknologi ini untuk mengumpul maklumat apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan yang kami tawarkan melalui salah seorang rakan kongsi kami, seperti ciri-ciri pengiklanan dan perdagangan. Sebagai contoh, kami boleh menggunakan maklumat yang dikumpul di tapak web yang lain untuk menunjukkan anda iklan yang lebih berkaitan. Kebanyakan penyemak imbas web ditetapkan untuk menerima kuki secara lalai. Jika anda mahu, biasanya anda boleh mengeluarkan atau menolak kuki penyemak imbas melalui seting pada penyemak imbas atau peranti anda. Namun, perlu diingat bahawa mengeluar atau menolak kuki boleh menjejaskan ketersediaan dan fungsi perkhidmatan kami. Untuk ketahui lebih lanjut tentang bagaimana kami dan rakan kongsi kami menggunakan kuki di perkhidmatan kami dan pilihan anda, sila lihat Dasar Kuki kami.

  • Maklumat Log. Kami juga mungkin mengumpul maklumat log apabila anda menggunakan tapak web kami, seperti:

    • butiran tentang cara anda menggunakan perkhidmatan kami;

    • maklumat peranti, seperti jenis dan bahasa pelayar web anda;

    • masa akses;

    • halaman dilihat;

    • alamat IP;

    • pengecam yang berkaitan dengan kuki atau teknologi lain yang mungkin mengecam peranti atau pelayar anda secara unik; dan

    • halaman yang dilayari sebelum atau selepas menavigasi ke laman web kami.

  • Maklumat lain, dengan keizinan anda. Mungkin terdapat keadaan apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami yang kami akan meminta kebenaran anda untuk mengumpul maklumat tambahan. Sebagai contoh, jika anda ingin mengambil bahagian dalam Panel Khas Untuk Saya atau tinggal dalam bidang kuasa di mana data tertentu dianggap sensitif, kami akan meminta kebenaran anda dan memberi anda makluman tentang data, termasuk data sensitif, jika ada, kami akan mengumpul.

Maklumat Yang Kami Kumpulkan daripada Pihak Ketiga

Kami boleh mengumpul maklumat tentang anda daripada pengguna lain anggota gabungan, dan pihak ketiga kami. Berikut adalah beberapa contoh:

  • Jika anda memautkan akaun Snapchat anda ke perkhidmatan lain (seperti Bitmoji atau aplikasi pihak ketiga), kami mungkin menerima maklumat daripada perkhidmatan lain tersebut, misalnya cara anda menggunakan perkhidmatan itu.

  • Kami mungkin mendapatkan maklumat daripada pengiklan, pembangun aplikasi, penerbit dan pihak ketiga yang lain. Kami boleh menggunakan maklumat ini, antara cara yang lain, untuk membantu menyasar atau mengukur prestasi iklan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan kami jenis data pihak ketiga ini di Laman Khidmat Sokongan kami

  • Jika pengguna lain memuat naik senarai kenalan mereka, kami mungkin menggabungkan maklumat tentang anda daripada senarai kenalan pengguna itu dengan maklumat lain yang telah kami kumpulkan tentang anda.

  • Jika anda memberikan kami maklumat hubungan anda, kami mungkin menggunakan maklumat dan maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga untuk menentukan sama ada kami boleh berkomunikasi dengan anda pada platform pemesejan lain.

  • Kami mungkin menerima maklumat daripada pihak ketiga, termasuk penerbit tapak web, penyedia rangkaian sosial, penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain, tentang kemungkinan pelanggar Syarat Perkhidmatan dan Garis Panduan Komuniti kami.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat

Apa yang kami lakukan dengan maklumat yang kami kumpul? Untuk jawapan terperinci, pergike sini. Jawapan ringkasnya adalah: Memberi anda satu set produk dan perkhidmatan yang luar biasa yang kami pertingkatkan secara berterusan. Berikut adalah cara-cara yang kami melakukannya:

  • membangun, mengoperasi, menambah baik, menyampaikan, menyelenggara dan melindungi produk dan perkhidmatan kami.

  • menyediakan, memperibadikan dan meningkatkan perkhidmatan pengiklanan, penyasaran iklan dan pengukuran iklan kami, termasuk melalui penggunaan kandungan anda dan maklumat lokasi yang tepat (sekali lagi, jika anda telah memberi kami kebenaran untuk mengumpul maklumat lokasi yang tepat), di dalam dan di luar perkhidmatan kami. Kami juga mungkin menyimpan maklumat tentang penggunaan apl dan tapak web pihak ketiga pada peranti anda untuk melakukan ini. Ketahui lebih lanjut. Lihat Kawalan Ke Atas Maklumat Anda bahagian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai amalan pengiklanan kami dan pilihan anda.

  • tambahkan konteks pada pengalaman Snapchat anda, contohnya dengan menandai Memori anda dengan label yang boleh dicari berdasarkan lokasi anda (sudah tentu, sekiranya anda telah memberikan kami kebenaran untuk mengumpul lokasi anda tepat anda) dan kandungan gambar atau video anda (sebagai contoh, jika terdapat anjing dalam gambar anda, ia mungkin boleh dicari dalam Memori dengan istilah "anjing"). 

  • peribadikan perkhidmatan kami dengan, antara lain, mencadangkan rakan, meletakkan cadangan dalam Peta Snap, maklumat profil atau pelekat Cameos, membantu Snapchatter mencari satu sama lain dalam Snapchat, ahli gabungan dan aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga, membuat kesimpulan minat anda berdasarkan kandungan atau aktiviti anda, atau menyesuaikan kandungan yang kami tunjukkan kepada anda, termasuk iklan.

  • membangun dan menambah baik algoritma dan model pembelajaran mesin kami, termasuk untuk pemperibadian, pengiklanan, realiti tambahan, keadilan dan keterangkuman serta untuk mengelakkan penyalahgunaan atau pelanggaran Syarat Perkhidmatan yang lain. 

  • menjalankan penyelidikan untuk lebih memahami Snapchatter dan minat dan arah aliran pengguna umum, termasuk cara perkhidmatan kami digunakan. 

  • menggunakan maklumat yang anda berikan untuk berkomunikasi dengan anda pada platform pemesejan yang lain.

  • meningkatkan keselamatan produk dan perkhidmatan kami.

  • mengesahkan identiti anda dan mencegah penipuan atau aktiviti lain yang tidak dibenarkan atau melanggar undang-undang.

  • menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada kuki dan teknologi lain untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan pengalaman anda semasa menggunakannya.

  • melaksana, menyiasat, dan melapor tingkah laku yang mencabul Terma Perkhidmatan kami dan dasar lain yang digunakan, bertindak balas terhadap permintaan penguatkuasa undang-undang, dan mematuhi keperluan undang-undang.

  • menghantar komunikasi kepada anda, termasuk melalui e-mel, SMS atau platform pemesejan lain, jika dibenarkan. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan e-mel, SMS atau platform pemesejan lain untuk menjawab pertanyaan sokongan atau untuk berkongsi maklumat tentang produk, perkhidmatan dan tawaran promosi kami yang kami fikir mungkin menarik minat anda.

  • memantau dan menganalisa trend dan penggunaan.

  • Jika anda menggunakan peranti Apple dengan kamera TrueDepth Apple, kami mungkin menggunakan maklumat daripada kamera TrueDepth Apple untuk memperbaik kualiti Lensa. Maklumat ini digunakan dalam masa nyata — kami tidak menyimpan maklumat ini pada pelayan kami atau mengongsinya dengan pihak ketiga.

Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat

Mengapa kami berkongsi maklumat yang kami kumpulkan? Selalunya, ini kerana anda meminta kami. Adakalanya kita berkongsi kerana perlu. Berikut ialah cara kami boleh berkongsi maklumat tentang anda:

  • Dengan Snapchatter yang lain. Kami boleh berkongsi maklumat berikut dengan Snapchatter yang lain:

    • maklumat mengenai anda, seperti nama pengguna, nama dan Bitmoji anda.

    • maklumat tentang cara anda berinteraksi dengan perkhidmatan dan kandungan kami yang telah anda libatkan, seperti "skor" Snapchat anda, nama Snapchatter rakan anda, sejauh mana anda rapat dengan rakan anda di Snapchat, sama ada anda baru-baru ini aktif pada Snapchat, sejarah lokasi terkini anda (jika anda memilih untuk berkongsi lokasi tepat anda pada Peta Snap), dan maklumat lain yang akan membantu Snapchatter memahami hubungan anda dengan orang lain yang menggunakan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, kerana ia mungkin tidak jelas sama ada permintaan menjadi rakan baharu datang daripada seseorang yang sebenarnya anda kenali, kami mungkin berkongsi sama ada anda dan peminta mempunyai rakan Snapchat yang sama atau berada di kawasan yang sama.

    • maklumat tentang peranti anda, seperti sistem pengendalian dan jenis peranti, untuk membantu anda menerima Sembang, Snap dan kandungan lain dalam format tontonan yang optimum.

    • sebarang maklumat tambahan yang anda telah arahkan kami untuk berkongsi. Sebagai contoh, Snap akan berkongsi maklumat anda apabila anda menghubungkan akaun Snapchat anda kepada aplikasi pihak ketiga, dan jika anda berkongsi maklumat atau kandungan dari Snapchat kepada aplikasi pihak ketiga.

    • jika didayakan, kami akan berkongsi lokasi tepat masa nyata anda dengan rakan pilihan anda pada Peta Snap (tetapi hanya untuk tempoh yang anda pilih untuk berkongsinya).

    • kandungan yang anda siar atau hantar. Sejauh mana kandungan anda dikongsi bergantung pada seting peribadi anda dan jenis perkhidmatan yang anda gunakan. Sebagai contoh, Snap mungkin dihantar kepada hanya seorang rakan yang anda pilih, tetapi Snap Cerita anda mungkin dilihat oleh mana-mana Snapchatter yang anda benarkan untuk melihat Cerita anda.

  • Dengan semua Snapchatter, rakan kongsi perniagaan kami dan masyarakat umum. Kami boleh berkongsi maklumat berikut dengan semua Snapchatter dan juga dengan rakan kongsi perniagaan kami dan masyarakat umum:

    • maklumat umum seperti nama anda, nama pengguna, gambar profil, Bitmoji, KodSnap dan Profil Umum.

    • Kandungan Umum seperti penghantaran Highlights, Customs, Pelekat, Lensa, Cerita dijangka dapat dilihat oleh Semua orang, dan mana-mana kandungan yang anda hantarkan kepada perkhidmatan awam yang wujud, seperti Spotlight, Peta Snap, dan perkhidmatan sumber orang ramai yang lain. Kandungan ini dapat dilihat, diguna dan dikongsi oleh orang ramai di dalam dan di luar perkhidmatan kami, termasuk melalui hasil carian, di tapak web, dalam aplikasi, dan dalam siaran dalam talian dan luar talian.

  • Dengan pihak ketiga. Kami boleh berkongsi maklumat dengan pihak ketiga dengan cara berikut:

    • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda denganpembekal perkhidmatan yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami, termasuk mengukur dan mengoptimumkan prestasi iklan dan menghantar lebih banyak iklan yang berkaitan, termasuk tapak web dan aplikasi pihak ketiga.

    • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda dengan rakan kongsi yang membekalkan perkhidmatan dan kefungsian ke atas perkhidmatan kami. Untuk maklumat lebih lanjut tentang maklumat yang dikumpul oleh pihak ketiga tentang perkhidmatan kami, lawati Tapak Sokongankami.

    • Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda, misalnya maklumat peranti dan penggunaan, untuk membantu kita dan pihak lain mencegah penipuan.

    • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda untuk sebab-sebab undang-undang, keselamatan dan sekuriti. Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda jika kami percaya bahawa pendedahan maklumat itu diperlukan untuk:

      • mematuhi mana-mana proses undang-undang yang sah, permintaan oleh pihak kerajaan atau undang-undang, peraturan atau aturan yang terpakai.

      • menyiasat, memulih, atau melaksanakan Terma Perkhidmatan yang berpotensi dan pencabulan Garis Panduan Komuniti.

      • melindungi hak, hak milik atau keselamatan kita, pengguna kami atau pihak lain.

      • mengesan dan menyelesaikan sebarang masalah penipuan atau keselamatan.

    • Kami boleh berkongsi maklumat tentang anda sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pengambilalihan. Jika Snap Inc. terlibat dalam penggabungan, penjualan aset, pembiayaan, pembubaran atau kebankrapan, atau pengambilalihan semua atau sebahagian perniagaan kami kepada syarikat lain, kami boleh berkongsi maklumat anda dengan syarikat itu sebelum dan selepas transaksi ditutup.

  • Maklumat bukan peribadi. Kami juga mungkin berkongsi dengan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kepada kita atau melaksanakan tujuan perniagaan untuk kita maklumat agregat, tidak boleh dikenal pasti secara peribadi atau dihapuskan ciri pengenalpastian.

Kandungan dan Integrasi Pihak Ketiga

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi kandungan dan integrasi pihak ketiga. Contohnya termasuk penyepaduan pihak ketiga dalam Lensa, alat pengeditan Kamera, untuk memberikan hasil Imbasan dan penyepaduan pembangun pihak ketiga. Melalui integrasi ini, anda boleh membekalkan maklumat kepada pihak ketiga dan juga kepada Snap. Kami tidak bertanggungjawab dengan bagaimana pihak ketiga tersebut mengumpul atau mengguna maklumat anda. Seperti biasa, kami menggalakkan anda untuk mengkaji semula dasar privasi setiap perkhidmatan pihak ketiga yang anda lawati atau gunakan, termasuk pihak ketiga yang anda berinteraksi melalui perkhidmatan kami. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan pihak ketiga dalam Snapchatdi sini.

Berapa Lama Kami Menyimpan Maklumat Anda

Snapchat membolehkan anda merakam bagaimana rasanya hidup pada saat ini. Di pihak kami, ini bermakna kebanyakan mesej — seperti Snap dan Sembang — dihantar dalam Snapchat akan dipadamkan secara lalai daripada pelayan kami selepas kami mengesan ia telah dibuka oleh semua penerima atau telah tamat tempoh, melainkan anda telah menukar tetapan lalai anda atau memutuskan untuk menyimpan sesuatu. Kandungan lain, seperti siaran Cerita, disimpan lebih lama. Untuk maklumat terkini tentang berapa lama kami menyimpan pelbagai jenis kandungan, lihat Laman Khidmat Sokongan kami.

Kami menyimpan maklumat lain untuk jangka masa yang lebih lama. Sebagai contoh:

  • Kami menyimpan maklumat akaun asas anda — seperti nama, nombor telefon dan alamat e-mel anda — dan senarai rakan sehingga anda meminta kami memadamkannya.

  • Kami menyimpan maklumat lokasi untuk jangka masa yang berbeza berdasarkan seberapa tepatnya dan perkhidmatan mana yang anda gunakan. Jika maklumat lokasi dikaitkan dengan Snap - seperti yang disimpan ke Memori atau disiarkan ke Peta Snap atau Tumpuan - kami akan mengekalkan lokasi itu selama kami menyimpan Snap tersebut. Tip pro: Anda boleh melihat lokasi data yang kami simpan tentang anda dengan memuat turun data anda.

Sekiranya anda pernah memutuskan untuk berhenti menggunakan Snapchat, anda boleh minta kami memadamkan akaun anda. Kami juga akan memadam kebanyakkan maklumat yang kami kumpul tentang anda tersebut selepas anda menjadi tidak aktif untuk selama tempoh tertentu!

Perlu diingat bahawa, walaupun sistem kami direka untuk melaksanakan amalan pemadaman kami secara automatik, kami tidak dapat menjanjikan bahawa pemadaman akan berlaku dalam jangka waktu tertentu. Mungkin terdapat keperluan undang-undang untuk menyimpan data anda dan kami mungkin perlu menggantung amalan pemadaman tersebut jika kami menerima proses undang-undang yang sah yang meminta kami mengekalkan kandungan, jika kami menerima laporan penyalahgunaan atau pelanggaran Syarat Perkhidmatan yang lain, atau jika akaun anda, kandungan dibuat oleh anda, atau kandungan yang dibuat dengan pengguna lain dibenderakan oleh orang lain atau sistem kami kerana penyalahgunaan atau pelanggaran Syarat Perkhidmatan yang lain. Akhir sekali, kami boleh juga menyimpan maklumat tertentu sebagai sandaran untuk jangka waktu yang terhad atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Kawalan Ke Atas Maklumat Anda

Kami mahu anda memiliki kawalan ke atas maklumat anda, oleh itu, kami telah menyediakan alat-alat berikut untuk anda.

  • Akses, Pembetulan dan Kemudahalihan. Anda boleh mengakses dan mengedit sebahagian besar maklumat asas akaun anda di aplikasi kami. Anda juga boleh menggunakan Muat turun Data Saya untuk mendapatkan salinan maklumat yang tidak tersedia dalam aplikasi kami dalam format mudah alih, supaya anda boleh memindahkannya atau menyimpannya di mana sahaja anda inginkan. Oleh kerana privasi anda penting bagi kami, kami mungkin akan meminta anda mengesahkan identiti anda atau memberikan maklumat tambahan sebelum kami membiarkan anda mengakses atau mengemas kini maklumat peribadi anda. Kami juga boleh menolak permintaan anda untuk mengakses atau mengemas kini maklumat peribadi anda atas beberapa sebab, termasuk, sebagai contoh, jika permintaan tersebut membahayakan privasi pengguna lain atau menyalahi undang-undang.

  • Membatalkan kebenaran. Dalam kebanyakan kes, jika anda membenar kami menggunakan maklumat anda, anda boleh membatalkan kebenaran anda dengan menukar seting di aplikasi atau pada peranti anda jika peranti anda menawarkan pilihan tersebut. Sudah tentu, jika anda melakukannya, perkhidmatan tertentu mungkin kehilangan fungsi sepenuhnya. Untuk e-mel dan mesej promosi yang dihantar melalui SMS atau platform pemesejan lain, anda boleh menarik diri dengan mengklik pada pautan berhenti melanggan atau mekanisme serupa seperti yang disediakan.

  • Pemadaman. Walaupun kami berharap anda akan kekal sebagai Snapchatter seumur hidup, jika atas sebab tertentu anda ingin memadam akaun anda, pergi ke sini untuk mengetahui caranya. Anda juga boleh padam beberapa maklumat dalam aplikasi, seperti foto yang telah anda simpan ke Memori, perbualan anda dengan My AI, penghantaran Tumpuan dan sejarah carian.

  • Pilihan Pengiklanan. Kami cuba menunjukkan kepada anda iklan yang kami fikir berkaitan dengan minat anda. Jika anda mahu mengubah suai maklumat yang kami dan rakan kongsi pengiklanan kami gunakan untuk memilih iklan-iklan ini, anda boleh berbuat demikian dalam aplikasi dan melalui pilihan di peranti anda. Pergi ke sini untuk ketahui lebih lanjut.

  • Penjejakan. Bagi pengguna yang menjalankan peranti dengan iOS 14.5 atau lebih terkini, beberapa keperluan khusus dikenakan. Kami telah menentukannya di sini.

  • Berkomunikasi dengan Snapchatter yang lain. Penting bagi kami agar anda sentiasa dalam kawalan dengan siapa anda berkomunikasi. Itulah sebabnya kami telah membina beberapa alat dalam Seting yang membolehkan anda menunjukkan, antara lain, siapa yang anda mahu lihat Cerita anda, sama ada anda ingin menerima Snap daripada rakan anda, rakan dan kenalan anda atau semua Snapchatter, dan sama ada anda ingin sekat Snapchatter lain daripada menghubungi anda semula. Pergi ke sini untuk ketahui lebih lanjut.

Pemindahan Data Antarabangsa

Kami boleh mengumpul maklumat peribadi anda dari, memindahkannya ke, dan menyimpan dan memprosesnya di Amerika Syarikat dan negara lain di luar tempat anda tinggal. Bila-bila masa kami berkongsi maklumat di luar tempat yang anda tinggal, apabila kami diminta secara sah untuk melakukannya, kami akan memastikan bahawa terdapatnya mekanisma pemindahan yang bersesuaian. Kami juga akan memastikan bahawa mana-mana pihak ketiga yang kami kongsi maklumat dengan mempunyai mekanisma pemindahan yang bersesuaian juga. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kategori pihak ketiga dengan siapa kami kongsi maklumat di sini.

Maklumat Tertentu Negeri dan Wilayah

Anda mungkin mempunyai hak privasi tertentu dalam negeri atau wilayah anda. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, penduduk di California dan negeri lain mempunyai hak privasi tertentu. Snapchatter di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), UK, Brazil, Korea Republik, dan bidang kuasa lain juga mempunyai hak tertentu. Kami mempunyai gambaran keseluruhan pendedahan tertentu negeri dan wilayah di sini.

Audiens Kami

Perkhidmatan kami tidak ditujukan untuk — dan kami tidak mengarahkannya kepada — sesiapa yang berumur di bawah 13 tahun. Dan itulah sebabnya kami tidak sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada sesiapa di bawah umur 13 tahun. Selain itu, kami mungkin mengehadkan cara kami mengumpul, menggunakan dan menyimpan beberapa maklumat pengguna di bawah umur 18 tahun. Dalam beberapa kes, ini bermakna kami tidak dapat menyediakan beberapa fungsi kepada pengguna tersebut.

Kemas kini kepada Dasar Privasi

Kami boleh mengubah Dasar Privasi ini dari masa ke semasa. Tetapi apabila kami melakukannya, kami akan memberitahu anda dengan apa cara sekalipun. Kadang-kadang, kami akan memberitahu anda dengan menyemak tarikh di bahagian atas Dasar Privasi yang tersedia di tapak web dan aplikasi mudah alih kami. Pada masa lain, kami mungkin memberi anda pemberitahuan tambahan (seperti menambahkan pernyataan ke halaman tapak web kami atau memberi anda pemberitahuan dalam aplikasi).