Notis Privasi Brazil

Berkuat kuasa : 30 September 2021

Kami telah mencipta notis ini khusus untuk pengguna di Brazil. Pengguna di Brazil mempunyai hak privasi tertentu seperti yang dinyatakan di bawah undang-undang Brazil, termasuk Lei Geral de Proteção de Dados Pessoais (LGPD). Prinsip-prinsip Privasi Kami dan kawalan privasi yang kami tawarkan kepada semua pengguna adalah sejajar dengan undang-undang ini—notis in memastikan kami meliputi keperluan khusus Brazil. Sebagai contoh, semua pengguna boleh meminta salinan data mereka, meminta pemadaman dan mengawal seting privasi mereka dalam aplikasi. Untuk gambaran penuh, lihat Dasar Privasi kami.

Pengawal Data

Jika anda pengguna di Brazil, anda patut tahu bahawa Snap Inc. adalah pengawal maklumat peribadi anda.

Hak untuk Mengakses, Pemadaman, Pembetulan dan Mudah alih

Anda boleh melaksanakan hak anda untuk mengakses, memadam, memperbetulkan dan memudah alih seperti yang dijelaskan di dalam bahagian Kawalan Ke atas Maklumat Anda daripada Dasar Privasi.

Dasar Penggunaan Maklumat Anda

Negara anda hanya membenarkan kami menggunakan maklumat peribadi anda apabila syarat tertentu dikenakan. Syarat ini disebut “dasar perundangan” dan, di Snap, biasanya kami bergantung pada salah satu daripada empat:
  • Kontrak. Salah satu sebab kami mungkin menggunakan maklumat anda adalah kerana anda telah membuat perjanjian dengan kami. Sebagai contoh, apabila anda membeli PenapisGeo Atas Permintaan dan menerima Syarat Alat Kreatif Tersuai kami, kami perlu menggunakan sesetengah maklumat anda untuk mengutip bayaran dan memastikan kami memaparkan Penapis Geo anda kepada orang yang tepat di tempat dan pada masa yang tepat.
  • Kepentingan sah. Sebab lain kami mungkin menggunakan maklumat anda adalah kerana kami - atau pihak ketiga mempunyai - kepentingan sah untuk melakukannya. Sebagai contoh, kami perlu menggunakan maklumat anda untuk menyediakan dan memperbaik perkhidmatan kami, termasuk melindungi akaun anda, menyampaikan Snaps anda, memberikan sokongan pelanggan, dan membantu anda mencari rakan dan kandungan yang kami rasa anda ingini. Oleh sebab kebanyakan perkhidmatan kami adalah percuma, kami juga menggunakan sesetengah maklumat tentang anda untuk mencuba dan memaparkan iklan yang anda akan dapati menarik. Perkara penting untuk difahami tentang kepentingan yang sah adalah bahawa kepentingan kami tidak melebihi hak anda untuk mendapatkan privasi. Oleh itu, kami hanya bergantung pada kepentingan yang sah apabila kami menganggap cara kami menggunakan data anda tidak banyak menjejaskan privasi anda atau dijangkakan oleh anda, atau terdapat alasan yang kukuh untuk melakukannya. Kami menerangkan sebab perniagaan kami yang sah untuk menggunakan maklumat anda dengan lebih terperinci di sini.
  • Persetujuan. Dalam sesetengah kes, kami akan meminta persetujuan untuk menggunakan maklumat anda untuk tujuan tertentu. Sekiranya kami berbuat demikian, kami akan memastikan anda boleh menarik balik persetujuan anda dalam perkhidmatan kami atau melalui kebenaran peranti anda. Walaupun kami tidak bergantung pada persetujuan untuk menggunakan maklumat anda, kami mungkin meminta kebenaran anda untuk mengakses data seperti kenalan dan lokasi.
  • Kewajipan perundangan. Kami mungkin dikehendaki untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk mematuhi undang-undang, seperti apabila kami memberikan respons kepada proses perundangan yang sah atau perlu mengambil tindakan untuk melindungi pengguna kami.

Hak Anda Untuk Membantah

Anda berhak untuk membantah penggunaan maklumat anda oleh kami. Dengan banyak jenis data, kami membekalkan anda kemampuan untuk memadamkannya jika anda tidak mahu kami memprosesnya lagi. Untuk jenis data yang lain, kami memberi anda kemampuan untuk menghentikan penggunaan data anda dengan menyahaktifkan ciri sama sekali. Anda boleh melakukan perkara ini dalam aplikasi. Jika terdapat jenis maklumat lain yang anda tidak bersetuju dengan pemprosesan kami, anda boleh menghubungi kami.