Laporan Ketelusan Kami untuk Separuh Tahun Pertama 2021

22 November 2021

Hari ini, kami mengeluarkan laporan ketelusan kami untuk separuh pertama 2021, yang meliputi tempoh 1 Januari - 30 Jun tahun ini. Bersamaan dengan laporan baru-baru ini, ansuran ini berkongsi data tentang pelanggaran Garis Panduan Komuniti kami di seluruh dunia semasa tempoh ini; jumlah laporan kandungan yang kami terima dan kuatkuasakan terhadap keseluruhan kategori tertentu pelanggaran yang ada; cara kami menjawab permintaan dari penguatkuasa undang-undang dan kerajaan; penguatkuasaan kami dipecahkan mengikut negara; Kadar Tontonan Pelanggaran kandungan Snapchat; dan kejadian maklumat palsu pada platform.
Kami menambah beberapa kemas kini kepada pelaporan kami semasa tempoh ini, temasuk mencatat median perputaran masa kami dalam minit kepada jam kepada menyediakan butiran yang lebih banyak tentang amalan dan keberkesanan operasi kami.
Setiap hari, lebih daripada lima bilion Snap secara purata dihasil menggunakan kamera Snapchat. Dari 1 Januari - 30 Jun, 2021, kami telah mengambil tindakan terhadap 6,629,165 kandungan di seluruh dunia yang melanggar Garis Panduan kami. Semasa tempoh ini, Kadar Tontonan Pelanggaran (VVR) kami adalah 0.10 peratus, ini bermakna bahawa dalam setiap 10,000 tontonan kandungan di Snap, 10 mengandungi kandungan yang melanggar Garis Panduan kami. Tambahan pula, kami telah mempertingkatkan masa kami dengan ketara dalam menjawab kepada laporan pelanggaran, terutamanya untuk kandungan eksplisit seksual, gangguan dan buli, dadah haram dan tiruan, dan barangan terkawal lain.
Tugas Kami Dalam Memerangi Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak 
Keselamatan komuniti kami adalah paling utama. Sebagai sebuah platform yang dibina untuk komunikasi dengan rakan sejati, kami dengan sengaja mereka Snapchat untuk membuatkannya lebih sukar untuk orang yang tidak dikenali mencari anak muda. Sebagai contoh, Snapchatters tidak boleh melihat senarai rakan satu sama lain, dan secara lalai, tidak boleh menerima mesej dari seseorang yang bukan seorang rakan.
Kami tidak bertoleransi sama sekali dengan penderaan yang ditujukan kepada mana-mana ahli komuniti kami, terumatanya kanak-kanak, yang mana ia adalah haram, tidak boleh diterima dan dilarang oleh Garis Panduan Komuniti kami. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi pelanggaran ini dengan mengembangkan keupayaan kami untuk mencegah, mengesan dan menghapuskan penderaan di platform kami termasuk Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak (CSAM) dan jenis kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak yang lain.
Pasukan Amanah dan Keselamatan kami menggunakan alat menjejak yang proaktif, seperti FotoDNA dan teknologi Padanan Imej Penderaan Seksual Kanak-kanak (CSAI) untuk mengenalpasti imej dan video yang dikenali CSAM dan melaporkannya kepada Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak HilanG dan Dieksploit (NCMEC). NCMEC kemudiannya, koordinat dengan penguatkuasa undang-undang domestik atau antarabangsa.
Dalam separuh pertama 2021, 5.43 peratus dari jumlah akaun yang kami kuatkuasakan terhadap CSAM yang terkandung di peringkat global. Daripada ini, kami telah secara proaktif mengesan dan mengambil tindakan kepada 70 peratus pelanggaran CSAM. Ini meningkatkan keupayaan menjejak secara proaktif digabung dengan peningkatan serangan spam terkoordinasi penyebaran CSAM yang menhasilkan peningkatan ketara dalam kategori ini untuk tempoh pelaporan ini.
Kami terus mengembangkan perkongsian kami dengan pakar industri serta ciri dalam aplikasi kami untuk membantu mendidik Snapchatters tentang risiko nerhubung dengan orang tidak dikenali dan cara menggunakan pelaporan dalam aplikasi untuk memaklumkan pasukan Amanah dan Keselamatan kami tentang sebarang kebimbangan atau penderaan. Tambahan lagi, kami terus menambah rakan kongsi kepada program pengawal lalu lintas kepercayaan, yang menyediakan pakar keselamatan yang ditapis dengan saluran sulit untuk melaporkan peningkatan kecemasan, seperti ancaman terhadap nyawa atau kes melibatkan CSAM. Kami juga bekerja rapat dengan rakan kongsi ini untuk membekalkan pendidikan keselamatan, sumber kesejahteraan, dan sokongan pelaporan lain supaya mereka boleh secara efektif menyokong komuniti Snapchat.
Pendekatan Kami kepada Penyebaran Maklumat Palsu
Tempoh masa yang merangkumi laporan ketelusan ini menekankan lagi betapa kritikalnya untuk memastikan orang ramai mempunyai akses kepada maklumat yang tepat dan boleh dipercayai. Kami kerap menilai dan melabur dalam cara baharu untuk melindungi komuniti Snapchatters kami daripada penyebaran maklumat palsu yang berkaitan dengan proses demokrasi, kesihatan awam dan COVID-19.
Dalam separuh pertama tahun 2021, secara global, kami telah menguatkuasakan jumlah gabungan 2,597 akaun dan bahagian kandungan kerana melanggar garis panduan maklumat palsu kami, hampir separuh daripada jumlah pelanggaran daripada tempoh pelaporan sebelumnya. Memandangkan kandungan pada Discover dan Tumpuan disederhanakan secara proaktif untuk mengelakkan pengedaran secara berskala kandungan yang melanggar, majoriti pelanggaran ini datang daripada Snaps dan Stories peribadi, dan sebahagian besar pelanggaran ini telah dimaklumkan kepada kami melalui usaha penyederhanaan aktif kami sendiri. seperti laporan daripada Snapchatters.
Kami sentiasa percaya bahawa apabila ia adalah tentang kandungan berbahaya, tidak mencukupi untuk hanya memikirkan tentang dasar dan pelaksanaan - platform perlu memikirkan tentang asas seni bina dan reka bentuk produk. Dari permulaan, Snapchat dibina berbeza dari platform media sosial tradisi, untuk menyokong kes penggunaan utama kami tentang bercakap dengan rakan-rakan rapat - daripada suapan berita terbuka di mana sesiapa saja mempunyai hak untuk mengedarkan apa-apa sahaja kepada sesiapa. Reka bentuk Snapchat mengehadkan penularan, yang mengalih keluar insentif untuk kandungan yang menarik minat naluri terburuk orang dengan itu mengehadkan kebimbangan yang berkaitan dengan penyebaran kandungan haram dan berbahaya.
Pendekatan ini juga membawa ke dalam kerja kami untuk mencegah penyebaran kandungan ekstremis. Dalam tempoh pelaporan, kami telah menghapuskan lima akaun kerana melanggar larangan kami terhadap kandungan pengganas dan ekstremis, pengurangan yang sedikit daripada kitaran pelaporan yang lepas.  Di Snap, kami sentiasa memantau perkembangan dalam ruang ini, berusaha untuk mengurangkan sebarang vektor yang berpotensi untuk penyalahgunaan pada platform kami. Kedua-dua kefungsian platform seni bina dan reka bentuk Sembang Grup kami membantu untuk mengehadkan penyebaran kandungan berbahaya dan peluang untuk mengatur. Kami menawarkan Sembang Grup, tetapi saiznya terhad, tidak disyorkan oleh algoritma dan tidak boleh ditemui pada platform kami kepada sesiapa jika anda bukan ahli Grup itu.
Dalam tempoh ini, kami terus mempromosikan secara proaktif maklumat keselamatan awam fakta tentang COVID-19 kepada komuniti kami, termasuk melalui liputan yang disediakan oleh rakan editorial Discover kami, melalui pengumuman perkhidmatan awam (PSA), serta Soal Jawab dengan pegawai kesihatan awam, agensi dan pakar perubatan, dan melalui peralatan kreatif, seperti Kanta Realiti Tertambah dan penapis — semuanya direka untuk mengingatkan Snapchatters tentang panduan kesihatan awam pakar. Pada awal tahun ini, apabila vaksin tersedia untuk anak muda di A.S., kami melancarkansatu inisiatif baharu dengan White House untuk membantu Snapchatters menjawab soalan lazim dan, dalam bulan Julai, kami bekerjasama dengan Perkhidmatan Kesihatan UK dalam usaha yang serupa.
Melangkah ke hadapan, kami komited untuk terus menjadikan laporan ketelusan kami lebih komprehensif dan membantu banyak pihak berkepentingan yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dalam talian, ketelusan dan akauntabiliti pelbagai sektor. Kami sentiasa menilai bagaimana kami boleh mengukuhkan usaha komprehensif kami untuk memerangi kandungan berbahaya dan pelakon jahat, dan berterima kasih kepada ramai rakan kongsi sekuriti dan keselamatan serta rakan usaha sama yang kerap membantu kami untuk menambah baik.
Kembali ke Berita