Notis Privasi Turki

Berkuat kuasa: 13 Januari 2022

Kami telah mencipta notis ini khusus untuk pengguna di Turki. Pengguna di Turki mempunyai hak privasi tertentu seperti yang dinyatakan di bawah undang-undang Turki. Prinsip-prinsip Privasi Kami dan kawalan privasi yang kami tawarkan kepada semua pengguna adalah sejajar dengan undang-undang ini—notis in memastikan kami meliputi keperluan khusus Turki. Sebagai contoh, semua pengguna boleh meminta salinan data mereka, meminta pemadaman dan mengawal seting privasi mereka dalam aplikasi. Untuk gambaran penuh, lihat Dasar Privasi kami.

Pengawal Data

Jika anda seorang pengguna di Turki, anda perlu tahu bahawa Snap Inc. yang bertempat di 3000 31st Street, Santa Monica, California 90405 ialah pengawal maklumat peribadi anda.

Hak Anda

Kami mahu anda memiliki kawalan ke atas maklumat anda, oleh itu, kami menyediakan anda sebilangan hak yang berkaitan dengan maklumat peribadi anda. Sila rujuk kepada bahagian Kawalan Ke atas Maklumat Anda di Dasar Privasi.

Pemindahan Data Antarabangsa

Untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin akan mengumpul maklumat peribadi anda daripada, memindahkannya kepada dan menyimpan serta memprosesnya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain di luar tempat tinggal anda. Apabila kami berkongsi maklumat di luar tempat tinggal anda, kami memastikan bahawa pemindahan tersebut mematuhi undang-undang temptatan anda supaya maklumat peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya.
  • Negara yang Maklumat Peribadi Dipindahkan: Amerika Syarikat
  • Tarikh dan Kaedah Pemindahan: Dipindah pada masa penyerahan untuk penyimpanan dan pemprosesan
  • Maklumat Peribadi yang Dipindahkan: Sila rujuk kepada bahagian Maklumat yang Kami Kumpul di Dasar Privasi
  • Pengekalan Maklumat Peribadi: Sila rujuk kepada bahagian Berapa Lamakah Kami Menyimpan Maklumat Anda di Dasar Privasi.

Wakil

Snap Inc. telah melantik Pendaftar Data Danışmanlık Hizmetleri Anonim Şirketi sebagai wakilnya di Turki. Anda boleh menghubungi wakil tersebut di:
Pendaftar Data Danışmanlık Hizmetleri Anonim Şirketi Maslak Mahallesi Eski Büyükdere Caddesi İz Plaza Giz Apt.  No: 9/78 Sarıyer/İstanbul 34485 snapchat@data-registrar.com