Notis Privasi Republik Korea

Berkuat kuasa: 20 Mac 2024

Kami mencipta notis ini khusus untuk pengguna di Republik Korea. Pengguna di Republik Korea mempunyai hak privasi tertentu seperti yang dinyatakan di bawah undang-undang Republik Korea, termasuk Akta Perlindungan Maklumat Peribadi. Prinsip-prinsip Privasi Kami dan kawalan privasi yang kami tawarkan kepada semua pengguna adalah sejajar dengan undang-undang ini—notis ini memastikan kami meliputi keperluan khusus Republik Korea. Sebagai contoh, semua pengguna boleh meminta salinan data mereka, meminta pemadaman dan mengawal seting privasi mereka dalam aplikasi. Untuk gambaran penuh, lihat Dasar Privasi kami.

Pengawal Data

Jika anda pengguna di Republik Korea, anda perlu tahu bahawa Snap Inc. adalah pengawal maklumat peribadi anda.

Pendedahan Maklumat Peribadi kepada Pihak Ketiga

Pembekal perkhidmatan pihak ketiga tertentu seperti yang diterangkan di sini dan/atau anggota gabungan Snap dalam keluarga syarikat Snap Inc. boleh melaksanakan fungsi bagi pihak Snap dan mungkin mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda sebagaimana yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi tersebut.
Kami juga mungkin berkongsi maklumat mengenai anda dengan rakan kongsi dan pencipta yang kami bekerjasama untuk menambahkan ciri baharu yang menyeronokkan pada Snapchat. Untuk maklumat lebih lanjut tentang maklumat yang dikumpul oleh pihak ketiga mengenai perkhidmatan kami, lawati Laman Khidmat Sokongan kami. Sila rujuk kepada dasar privasi setiap rakan kongsi untuk tempoh pengekalan yang berkenaan.
Sila ambil perhatian, kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi mengenai anda dengan pihak ketiga tanpa kebenaran anda, melainkan dibenarkan sebaliknya oleh undang-undang.

Prosedur dan Kaedah Pemusnahan Maklumat Peribadi

Kami akan memusnahkan maklumat peribadi anda apabila tempoh masa yang anda setujui telah tamat atau apabila maklumat peribadi anda tidak diperlukan untuk tujuan pengumpulannya. Seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi kami, jika anda membuat keputusan untuk berhenti daripada menggunakan Snapchat, anda hanya perlu meminta kami untuk memadam akaun anda. Kami juga akan memadam sebahagian besar maklumat yang kami kumpul tentang anda setelah anda tidak aktif untuk beberapa lama - tetapi jangan risau, kami akan cuba menghubungi anda terlebih dahulu! Apabila kami memusnahkan data anda, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah dari segi komersial dan boleh dilaksanakan secara teknikal untuk memastikan maklumat peribadi dimusnahkan secara kekal.

Hak Anda

Kami mahu anda memiliki kawalan ke atas maklumat anda, oleh itu, kami menyediakan anda sebilangan hak yang berkaitan dengan maklumat peribadi anda. Sila rujuk kepada bahagian Kawalan Ke atas Maklumat Anda di Dasar Privasi.

Pemindahan Data Antarabangsa

Keluarga syarikat dan penyedia perkhidmatan Snap Inc. Luar Negara. Untuk memberikan perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda daripada, memindahkannya ke, dan menyimpan serta memprosesnya, dengan keluarga syarikat Snap Inc. dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga tertentu untuk melaksanakan fungsi bagi pihak Snap seperti yang diterangkan di sini, di Amerika Syarikat dan negara lain di luar tempat anda tinggal. Apabila kami berkongsi maklumat di luar tempat tinggal anda, kami memastikan bahawa pemindahan tersebut mematuhi undang-undang temptatan anda supaya maklumat peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya.
  • Negara yang Maklumat Peribadi Dipindahkan: Amerika Syarikat
  • Tarikh dan Kaedah Pemindahan: Dipindah pada masa penyerahan untuk penyimpanan dan pemprosesan
  • Maklumat Peribadi yang Dipindahkan: Sila rujuk kepada bahagian Maklumat yang Kami Kumpul di Dasar Privasi
  • Pengekalan Maklumat Peribadi: Sila rujuk kepada bahagian Berapa Lama Kami Menyimpan Maklumat Anda di Dasar Privasi
Rakan kongsi luar negara. Kami mungkin berkongsi maklumat tentang anda dengan rakan kongsi dan pencipta yang bekerjasama dengan kami yang terletak di luar Republik Korea untuk menambah ciri baharu yang menyeronokkan pada Snapchat. Untuk maklumat lanjut tentang rakan kongsi kami, lawati Laman Khidmat Sokongan kami.
  • Negara Ke mana Maklumat Peribadi Dipindahkan: Sila rujuk kepada dasar privasi rakan kongsi yang boleh diakses di sini Laman Khidmat Sokongan
  • Tarikh dan Kaedah Pemindahan: Dipindah pada masa penyerahan untuk penyimpanan dan pemprosesan
  • Maklumat Peribadi yang Dipindahkan: Sila rujuk kepada bahagian Maklumat yang Kami Kumpul di Dasar Privasi
  • Pengekalan Maklumat Peribadi: Sila rujuk kepada dasar privasi rakan kongsi yang boleh diakses di sini Laman Khidmat Sokongan

Jabatan yang Bertanggungjawab Melindungi Maklumat Peribadi dan Mengendalikan Aduan

Pegawai Privasi Snap boleh dihubungi melalui Wakil Snap: Cik. Eun-Mi Kim di General Agent Co. Ltd
Alamat: Rm. 1216, 28, Saemunan-ro 5ga-gil, Jongno-gu, Seoul
Telefon: 02 735 6118
E-mel: snap @ generalagent.co.kr
Tugas yang Diperuntukkan: Perkara yang melibatkan wakil domestik seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Maklumat Peribadi
Selain itu, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi Snap seperti yang diterangkan di bawah.
Snap Inc.
U.p: Legal Dept. (Pertanyaan ahli Korea)
3000 31st Street
Santa Monica, CA 90405
USA
Telefon: 02 735 6118
E-mel: koreaprivacy @ snap.com