Testimoni Kongres Senat Bertulis oleh Evan Spiegel

31 Januari 2024

Hari ini, pengasas bersama merangkap CEO kami, Evan Spiegel, akan menyertai platform teknologi lain untuk memberi keterangan kepada Badan Kehakiman di hadapan Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat. Anda boleh membaca testimoni bertulis Evan yang lengkap, yang telah dihantar lebih awal kepada Jawatankuasa di bawah.

***

Pengerusi Durbin, Ahli Majlis Tertinggi Graham, dan ahli Jawatankuasa sekalian, terima kasih kerana menjemput saya hadir pada hari ini bagi memberikan anda kemas kini tentang usaha kami melindungi golongan muda di Snapchat. Saya Evan Spiegel, pengasas bersama merangkap CEO Snap. Perkhidmatan kami, Snapchat, digunakan oleh lebih 100 juta rakyat Amerika, termasuk lebih 20 juta remaja, untuk berkomunikasi dengan rakan dan ahli keluarga mereka. Kami mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan komuniti kami selamat.

Kami tahu bahawa skala dan penggunaan Snapchat yang meluas bererti pelaku jahat akan cuba menyalahgunakan perkhidmatan dan mengambil kesempatan ke atas komuniti kami. Itulah sebabnya kami sentiasa menambah baik alat keselamatan kami dan melabur untuk melindungi komuniti kami daripada pelbagai bentuk ancaman yang sentiasa berkembang. Melindungi Snapchatter sudah menjadi tanggungjawab moral dan serta kepentingan perniagaan kami. Saya ingin berkongsi lebih lanjut tentang beberapa ancaman terbesar yang sedang kami perangi sedaya upaya, namun sebelum itu saya ingin memberikan sedikit latar belakang tentang perkhidmatan kami memandangkan ini adalah kali pertama saya hadir di hadapan Jawatankuasa ini.

Apabila pengasas bersama saya Bobby Murphy dan saya mula-mula membangunkan Snapchat pada tahun 2011, kami inginkan sesuatu yang mempunyai kelainan. Kami membesar dengan media sosial dan medium ini membuatkan kami berasa gusar - persaingan yang berterusan, terbuka dan populariti yang penuh dengan hukuman yang berterusan. Media sosial adalah satu bentuk gambaran sempurna, bukan detik harian yang kami percaya akan mengukuhkan persahabatan sebenar. 

Kami membangunkan Snapchat dengan tujuan untuk menawarkan cara baharu berkomunikasi dengan rakan dan keluarga, berkongsi detik-detik yang berlaku dan membantu orang ramai merasai kebersamaan walaupun secara fizikalnya mereka berjauhan. Secara purata, orang ramai menghabiskan sebahagian besar masa berbual dengan rakan mereka di Snapchat. Kami mereka bentuk Snapchat supaya kamera dimanfaatkan dan bukan sekadar suapan kandungan untuk menggalakkan kreativiti berbanding penggunaan yang pasif. Apabila orang berkongsi Cerita dengan rakan mereka di Snapchat, tiada sebarang suka atau komen umum. 

Dengan menekankan prinsip sementara dan memadamkan mesej secara lalai, kami memberikan keringanan pada panggilan telefon atau perbualan bersemuka Snapchat yang tidak dirakam atau disimpan secara kekal. Ini telah membantu berjuta-juta rakyat Amerika berasa lebih selesa meluahkan perasaan mereka dan berkongsi perasaan sebenar dengan rakan dan keluarga mereka. Apabila orang mendaftar Snapchat, kami menerangkan bahawa walaupun perbualan dipadam secara lalai, mesej atau syot layar boleh disimpan oleh penerima. 

Apabila kami membangunkan ciri baharu, kami membuat pertukaran perniagaan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti kami dan membantu memastikan Snapchat selamat. Sebagai contoh, apabila kami membangunkan perkhidmatan kandungan, kami memutuskan untuk menyederhanakan kandungan secara proaktif sebelum kandungan itu diedarkan secara berleluasa untuk membantu mencegah penyebaran kandungan berbahaya. Kami juga membayar penerbit dan pencipta media sebahagian daripada pendapatan kami untuk memberi insentif supaya mereka menghasilkan kandungan yang menghiburkan serta konsisten dengan garis panduan kandungan kami. 

Kami telah mereka bentuk perkhidmatan kami untuk menggalakkan komunikasi antara rakan disertakan sekali, bermakna orang ramai perlu memilih orang yang boleh berkomunikasi dengan mereka secara proaktif, bukan seperti pemesejan teks, yang membenarkan orang tidak dikenali menghantar mesej kepada seseorang jika nombor telefon didapati. Senarai rakan adalah peribadi di Snapchat, yang bukan sahaja mengurangkan tekanan sosial malah turut mengehadkan keupayaan pemangsa untuk mencari rakan kepada seseorang di Snapchat.

Kami ingin Snapchat selamat digunakan oleh semua orang dan kami menawarkan perlindungan tambahan kepada kanak-kanak bawah umur bagi membantu mencegah hubungan yang tidak diingini dan memberikan pengalaman yang sesuai usia. Seting lalai "Hubungi Saya" Snapchat ditetapkan hanya untuk rakan dan kenalan dalam telefon merentasi semua akaun dan tidak boleh dikembangkan. Jika kanak-kanak bawah umur menerima permintaan menjadi rakan daripada seseorang yang rakannya tidak dikongsi dengan sesiapa, kami memberikan amaran sebelum mereka mula berkomunikasi untuk memastikan orang itu adalah seseorang yang mereka kenali. Disebabkan hal ini, kira-kira 90% permintaan rakan yang diterima oleh kanak-kanak bawah umur di Snapchat adalah daripada orang yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang rakan yang sama. Matlamat kami adalah untuk menyukarkan seseorang untuk dihubungi oleh orang yang tidak mereka kenali.

Kami menggalakkan Snapchatter melaporkan hubungan yang tidak diingini atau kandungan yang melanggar peraturan, dan juga kami menyekat akaun yang menyinggung perasaan. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Snapchat tetapi ingin membuat laporan, kami turut menawarkan alat pelaporan pada laman web kami. Semua laporan adalah sulit dan pasukan Kepercayaan serta Keselamatan kami bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di seluruh dunia untuk menyemak setiap laporan dan menguatkuasakan peraturan kami secara konsisten.

Apabila kami mengambil tindakan ke atas kandungan yang menyalahi undang-undang atau berpotensi berbahaya, kami turut menyimpan bukti untuk suatu tempoh yang lama, yang membolehkan kami menyokong penguatkuasaan undang-undang apabila siasatan dilakukan. Kami juga mengemukakan kandungan yang didapati melibatkan bahaya kematian atau kecederaan fizikal yang serius secara proaktif bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang dan biasanya bertindak balas terhadap permintaan untuk mendedahkan data segera dalam masa 30 minit. Kami ingin supaya penjenayah yang menyalahgunakan Snapchat dibawa ke muka pengadilan.

Terdapat tiga ancaman utama komuniti yang sedang kami cuba hapuskan daripada perkhidmatan kami: pemerasan, edaran bahan penderaan seksual kanak-kanak dan dadah terlarang.

Yang pertama ialah peningkatan pemerasan seks bermotifkan kewangan yang membimbangkan, satu bentuk peras ugut di mana penjenayah menyamar dengan menunjukkan minat uuntuk menjalinkan hubungan cinta dan menyebabkan mangsa menghantar imej yang mengganggu. Pelaku jahat itu kemudiannya mengugut untuk mengedarkan imej dan menuntut bayaran, selalunya dalam bentuk baucar hadiah, yang boleh diambil gambar dan dikongsi melalui sembang. Kebanyakan kes ini melibatkan pemangsa yang berada di luar Amerika Syarikat, menyebabkan penguatkuasaan proses undang-undang menjadi lebih sukar. 

Untuk bertindak balas kepada krisis yang semakin meningkat ini, kami telah membangunkan alat baharu untuk mengesan pelaku jahat ini secara proaktif pada perkhidmatan kami dan berusaha untuk campur tangan sebelum perbualan meningkat ke tahap pemerasan. Apabila gangguan atau kandungan seksual dilaporkan kepada kami oleh ahli komuniti, pasukan kami akan bertindak pantas, dengan tindakan yang biasanya diambil dalam masa 15 minit. 

Kedua, kami juga mengenal pasti penjenayah yang cuba menganiaya semula kanak-kanak yang telah didera secara seksual dengan berkongsi imej serta video penderaan pada perkhidmatan kami. Kami mengimbas imej dan video yang dimuat naik ke Snapchat bahan penderaan seksual kanak-kanak yang diketahui dan melaporkannya kepada Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi. Pada tahun 2023 kami membuat 690,000 laporan yang membawa kepada lebih 1,000 penangkapan. Kami berharap untuk tidak melaksanakan penyulitan dengan cara yang akan menghalang kami daripada mengimbas muat naik imej penderaan seksual kanak-kanak yang diketahui.

Ketiga, wabak fentanyl yang sedang berlaku dan memusnahkan yang meragut nyawa lebih 100,000 rakyat Amerika pada tahun lalu. Kami berazam untuk mengalih keluar kandungan pengedar dadah dan berkaitan dadah daripada perkhidmatan kami. Kami mengimbas perkhidmatan kami secara proaktif untuk kandungan dadah yang menyalahi undang-undang, menyahdayakan akaun pengedar dadah dan mengharamkan peranti mereka daripada mengakses perkhidmatan kami, mengekalkan bukti dan membuat rujukan kepada penguatkuasa undang-undang, termasuk Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah. Pada tahun 2023, kami mengalih keluar lebih 2.2 juta kandungan berkaitan dadah, menyahdayakan 705,000 akaun berkaitan dan menyekat peranti yang dikaitkan dengan akaun tersebut daripada menggunakan Snapchat. 

Kami menyekat istilah carian berkaitan dadah dan mengubah hala orang yang membuat carian dadah kepada bahan pendidikan pada perkhidmatan kami. Fentanyl menimbulkan ancaman yang unik, kerana bahan tersebut sangat mematikan dan meningkatkan kesan hampir setiap jenis ubat dan pil tiruan yang didapati di jalanan. Itulah sebabnya kami percaya bahawa pendidikan itu sangat penting dan kami telah melabur dalam kempen kesedaran awam seperti One Pill Can Kill, yang telah ditonton sebanyak lebih 260 juta kali di Snapchat, dan juga Ad Council's Real Deal on Fentanyl, untuk mendidik komuniti tentang bahaya pil tiruan.

Selain kawalan ibu bapa yang tersedia sebagai sebahagian daripada sistem pengendalian iOS dan Android, kami telah berusaha untuk memperkasakan ibu bapa dengan memberi mereka lebih banyak alat bagi mengawasi cara anak remaja mereka menggunakan Snapchat. Ibu bapa boleh menggunakan Pusat Keluarga kami untuk melihat senarai orang yang berkomunikasi dengan anak remaja mereka melalui perkhidmatan kami. Kaedah ini menyerupai cara ibu bapa memantau aktiviti anak remaja mereka dalam dunia sebenar yang kami percayai - ibu bapa ingin mengetahui orang yang berinteraksi dengan anak remaja mereka namun tidak semestinya mendengar setiap perbualan peribadi. Pusat Keluarga juga membenarkan ibu bapa menyemak seting privasi dan menetapkan kawalan kandungan.

Saya berharap pembicaraan ini akan membuka peluang kepada kemajuan undang-undang penting seperti Akta Keselamatan Kanak-kanak Dalam Talian dan Akta Cooper Davis. Kami menyokong undang-undang ini, bukan sahaja dalam bentuk kata-kata, malah dalam bentuk perbuatan, dan kami telah berusaha memastikan perkhidmatan kami memenuhi keperluan undang-undang sebelum dijadikan tanggungjawab dan undang-undang rasmi. Ini termasuk mengehadkan mereka yang boleh berkomunikasi dengan golongan remaja kepada rakan dan kenalan sahaja, menawarkan alat untuk ibu bapa dalam aplikasi, mengenal pasti dan mengalih keluar kandungan berbahaya secara proaktif serta merujuk kandungan dadah yang membawa maut kepada bahagian penguatkuasaan undang-undang. Kami terus bekerjasama dengan Jawatankuasa berkenaan Akta Hentikan CSAM, yang kami percaya telah menunjukkan kemajuan yang bermakna ke arah membasmi eksploitasi seksual kanak-kanak daripada perkhidmatan dalam talian. 

Kebanyakan syarikat Internet terbesar dan paling berjaya hari ini bermula di sini di Amerika Syarikat, dan kita mesti menjadi pemimpin, bukan sahaja dari segi inovasi teknikal malah peraturan pintar. Itulah sebabnya kami menyokong rang undang-undang privasi persekutuan yang komprehensif yang akan melindungi privasi data seluruh rakyat Amerika dan mewujudkan piawaian privasi yang konsisten untuk semua perkhidmatan dalam talian.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kongsi dan rakan kolaborasi yang luar biasa yang bekerjasama dengan kami di seluruh industri, badan kerajaan, badan bukan untung serta NGO yang mempunyai matlamat yang sama untuk memastikan komuniti kita, terutamanya golongan muda, kekal selamat. Kami amat berterima kasih kepada penguatkuasa undang-undang dan responden pertama yang memainkan peranan penting dalam usaha ini. Untuk keringkasan dan dengan harapan tiada seorang pun yang saya tinggalkan, saya tidak akan menyenaraikan semua orang secara individu, tetapi terimalah ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan daripada kami. 

Kami sentiasa mendengar daripada kalangan ahli komuniti bahawa menggunakan Snapchat membuatkan mereka berasa gembira dan kami tahu bahawa hubungan dengan rakan dan keluarga penting untuk kesihatan dan kesejahteraan mental. Yang terkini, kami melancarkan penyelidikan daripada Pusat Penyelidikan Pendapat Kebangsaan di Universiti Chicago yang mendapati bahawa responden yang menggunakan Snapchat melaporkan tahap kepuasan yang lebih tinggi melalui kualiti persahabatan dan hubungan mereka dengan keluarga berbanding bukan Snapchatter. Keinginan kami yang mendalam untuk memberi kesan positif kepada dunia mendorong kami untuk memastikan perkhidmatan kami digunakan dengan cara yang selamat dan sihat setiap hari. 

Pada asasnya, kami percaya bahawa interaksi dalam talian sepatutnya lebih selamat daripada interaksi luar talian. Walaupun kami menyedari bahawa hampir mustahil untuk menghapuskan semua risiko yang terlibat apabila menggunakan perkhidmatan dalam talian, kami bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab kami bagi melindungi komuniti Snapchat. Golongan muda mewakili masa depan negara kita dan kita perlu bekerjasama untuk melindungi mereka. 

Terima kasih.

Kembali ke Berita